Isnin, 1 Julai 2013

KARI IKAN PATIN erm..sedap jugak..




dah lama jugak seroja x update blog ni kan...kesibukan dan kesuntukan masa sangat2..seroja kena wat preparation untuk bisnes kat bazar..so biasalah kan, kena cek kesihatan, kena ambil suntikan vaksin typoid dan membeli barang2 keperluan untuk jualan nanti..

so dalam sebulan ramadhan nanti seroja akan 'rest' daripada berblog bagi memberi tumpuan pada perniagaan..Insyaallah..doakan seroja ye..


ok... kali ni seroja nak share satu lagi resepi yang seroja pun baru testing semalam...hehe.. menu itu adalah seperti yang tertera kat tajuk di atas..check it out!


1- sediakan 1 ekor ikan patin (seroja beli je kat econsave)
2- potong la beberapa bahagian. (gambar tuu just seroja display untuk tunjukkan macam mana seroja kerat)


3- disebabkan ikan ni agak hanyir, korang rendam la ikan yg dah dikerat tu dalam air asam jawa & perahan limau


4- mula memasak ye..tumiskan rempah tumis ( kayu manis 1 btg, bunga lawang 2 kuntum, cengkih 5 biji dan buah pelaga 4 biji) dan juga daun kari.
5- masukkan bahan kisar (bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, lada kering 7 tangkai) dan tumis sampai naik bau. - xde dlm gambar coz seroja ter'miss' tangkap gambar.
6- sediakan 1 bungkus rempah kari ikan. jadikan pes (bubuh sedikit air) 
7- tambahkan dalam tumisan


8- masukkan garam 1 1/2 sudu kecil dan boleh letak serbuk perasa kalau suka.
9- masukkan santan anggaran dalam 750 ml (3 cawan). 
10- bila kuah dah mendidih, bolehlah masukkan ikan.


11- tambahkan 2 keping asam gelugor
12- then, seroja campurkan juga 3 tangkai daun kesom untuk tambahkan lagi aroma kari ni..erm...sampai ke kampung sebelah aroma kari dibawa angin...hehe.. masak sampai kuah pecah minyak. tutup api dan boleh dihidangkan panas bersama nasi atau lempeng..


bereh dah masuk dalam perut..Alhamdulillah...korang cubalah ye.. ^_^

Jumaat, 14 Jun 2013

SIAKAP REBUS ALA STIM




erm..actually Seroja beli siakap ni 2 hari lepas. kononnya nak wat 'sweet sour' tapi keadaan diri x mengizinkan. Batuk-batuk dan sakit kerongkong melanda. So Seroja kena berpantang daripada tumis menumis yang menggunakan minyak..huhu...So Seroja sekadar nak share menu yang sihat ni untuk semua terutamanya mereka-mereka yang sama-sama berpantang macam Seroja ni ye..hehe.. Check it out!


- kat sini Seroja sediakan daun kesum, tomato, bunga kobis dan cilipadi. korang boleh letak apa sahaja sayuran kegemaran korang ye..
- potong sayuran ikut citarasa masing-masing
- bawang pun seroja guna 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 biji cilipadi. 



- erm..ni wajib disediakan. IKAN SIAKAP..Seroja kerat 4 bahagian. 



- sayuran yang dah pun dipotong tadi terus masukkan dalam satu periuk (kecuali tomato).
- ambil air 1 jug kecil @ 1 liter. tuang je terus dalam periuk yang dah berisi dengan sayuran.


- masukkan sedikit serbuk perasa
- letak asam keping 
- tambah pula garam 2 sudu. boleh buka api dan panaskan kuah.


- bila dah menggelegak boleh masukkan ikan.
- tambah sos tiram dalam 2 sudu besar.
- tambah pula gula 2 sudu kecil


- sesuaikan rasa. lau dah ok bolehla masukkan tomato dalam kuah yang tengah mendidih tuu.. Tutup api. dah boleh dihidangkan



2 in 1 . ada sayur ada ikan. So lepas makan ni boleh lah berehat...


Selamat Mencuba Semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...