Jumaat, 14 Jun 2013

SIAKAP REBUS ALA STIM




erm..actually Seroja beli siakap ni 2 hari lepas. kononnya nak wat 'sweet sour' tapi keadaan diri x mengizinkan. Batuk-batuk dan sakit kerongkong melanda. So Seroja kena berpantang daripada tumis menumis yang menggunakan minyak..huhu...So Seroja sekadar nak share menu yang sihat ni untuk semua terutamanya mereka-mereka yang sama-sama berpantang macam Seroja ni ye..hehe.. Check it out!


- kat sini Seroja sediakan daun kesum, tomato, bunga kobis dan cilipadi. korang boleh letak apa sahaja sayuran kegemaran korang ye..
- potong sayuran ikut citarasa masing-masing
- bawang pun seroja guna 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 biji cilipadi. 



- erm..ni wajib disediakan. IKAN SIAKAP..Seroja kerat 4 bahagian. 



- sayuran yang dah pun dipotong tadi terus masukkan dalam satu periuk (kecuali tomato).
- ambil air 1 jug kecil @ 1 liter. tuang je terus dalam periuk yang dah berisi dengan sayuran.


- masukkan sedikit serbuk perasa
- letak asam keping 
- tambah pula garam 2 sudu. boleh buka api dan panaskan kuah.


- bila dah menggelegak boleh masukkan ikan.
- tambah sos tiram dalam 2 sudu besar.
- tambah pula gula 2 sudu kecil


- sesuaikan rasa. lau dah ok bolehla masukkan tomato dalam kuah yang tengah mendidih tuu.. Tutup api. dah boleh dihidangkan



2 in 1 . ada sayur ada ikan. So lepas makan ni boleh lah berehat...


Selamat Mencuba Semua...

SOTONG MASAK HITAM tetap menawan selera..




Hahaha...first time wat masakan ni. Cuba jaya la ni ye...Asik dengar-dengar orang cerita je. Masakan ni menggunakan sedikit dakwat sotong. so Seroja try la wat tapi gunakan resepi sendiri. yang penting nak kasi warna kuah tuu nampak hitam kann..hehe

Nak tau caranya..Meh scroll ke bawah untuk lihat resepinya...


- sediakan bahan2 : cilipadi merah 4 biji, bawang putih 3 ulas, bawang merah 2 biji dan halia 1 inci
- hiris2 semua bahan 

- erm dakwat sotong yang nilah yang kita perlukan yer..isi perut yang lain tuu..silakan korang buang..hehe
- bersihkan sotong dan toskan. Seroja cuma masak 8 ekor je sotong sebab masa ni tinggal berdua je kat umah..


- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan hiris tadi sampai naik bau


- masukkan sotong yang dah ditoskan tadi
- kaup balik dengan bahan tumisan
- masukkan air dalam 1/2 cawan


- masukkan sedikit serbuk perasa
- tambah 1/2 sudu teh garam
- letak pulak 2 sudu teh gula


- masak sampai dah menggelegak. tutup api dan boleh dihidangkan.


erm...percubaan yang baik. cuma AWAS jika anda memang seorang yang alah dengan makanan laut tak payahlah cuba-cuba langgar pantang nak mencuba resepi ni ye. mereka yang menderita sakit kerongkong atau yang batuk-batuk pun sila sekat percubaan sementara waktu..takut melarat pulak batuknya tuh..hehe..apepun resepi ni memang sedap..he3x...

Khamis, 13 Jun 2013

LADA BOH HOMEMADE untuk kemudahan memasak

Entry kali ni pun seroja nak sharekan cara nak buat homemade lada boh @ cili giling supaya senang...time korang nak masak nanti dah x payah nak potong lada berulang kali. lebih menarik lagi x perlu pakai pengawet pun sebab lepas korang dah blend lumat dah boleh simpan dalam bekas bertutup dan simpan terus dalam peti sejuk.


- mula-mula potong lada kering  dalam 1 periuk kecil. (anggaran untuk 1 blender penuh lada boh)
- rebus lada sampai menggelegak dan tutup api. biar seketika sampai lada kembang. kemudian cuci beberapa kali sampai air jadi jernih dan toskan.


- masukkan lada dalam blender dan tambah air separuh dari sukatan lada tu..
- kisarlah sampai hancur lumat ye..


dah siap, bolehlah simpan dalam bekas bertutup kat peti sejuk. sukatan lada boh sebanyak ni boleh digunakan untuk 4 kali masakan bersambal atau memerlukan lada boh..hmm..amacam? Selamat mencuba ye..untuk kemudahan dapur korang juga...PEACE...

Rabu, 12 Jun 2013

MEE GORENG BASAH BERSOTONG cukup memikat selera seisi rumah



Malam ni masing-masing tak nak makan nasi. So Seroja plan menggoreng mee untuk makan petang sekaligus malam. Wow! macam tak percaya! Dalam pada masing-masing tak selera makan licin jugak sekilo Mee Goreng Basah ni...hmmm..korang mesti teruja jugak kan..Seroja sharekan resepi..try it! u can love it!


- Sediakan bawang merah 3 biji, Lada kering 7 tangkai, Bawang Putih 4 ulas, halia 1 inci
- Lada tuu korang potong-potong then rebus dulu. bila dah menggelegak, tutup api biarkan sekejap dalam     air panas tuu supaya lada kembang. then boleh toskan dan blend la dengan bawang dan halia.
- Sementara tu potong-potong dan bersihkan sotong. Kuantiti ikut suka. Seroja bubuh 10 ekor sotong sederhana besar


- sediakan 1kg mee kuning
- sediakan juga segenggam udang kering
- kobis panjang 4 helai dan tomato 2 biji (potong ikut suka)


- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan kisar
- bila dah naik bau, masukkan 2 sudu besar gula


- masukkan 1 sudu kecil garam
- then terus je masukkan sotong
- Seroja masukkan dulu batang kubis 


- masukkan 2 cawan air
- bila dah sebati, tambah pula kicap manis lebih kurang 3 sudu.
- tambah serbuk perisa (hujung sudu kecil je)


- masukkan sos tiram dalam 2 sudu besar
- gaul sebati then bolehlah masukkan mee. pastikan mee kuning tu dah dibersihkan dan ditoskan untuk hilangkan minyak saduran pada mee dan bau serta rasa kapur. kaup balik mee dalam kuali.


- next, Seroja masukkan pula daun kubis. kaup balik lagi.
- masukkan pula tomato yang dah dipotong tadi.
- gaul sebati dan boleh tutup api.




Erm...amacam? tengok pun dah tau sedapkan? apo laie..cubalah ye..resepi dari dapur Seroja ni penuh pulak dengan rencah ye..GERAMMM je tengok kan..alaa..sesekali..kita masak sendiri untuk makan seisi keluarga..Cara kita nak menata rias wajah masakan kita..yang penting..tanpa hiasan pun dah bisa menggamit jamuan di mata..Jumpa lagi..

Selasa, 11 Jun 2013

AYAM MASAK TOMATO masam manisnya menambat selera



 Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Anak Seroja yang kedua mula terkebil-kebil. Mengantok la tuu..Siang asyik leka bermain, langsung x nak lelap. Tiba-tiba pulak anak sulong yang perempuan bersungut nak makan ayam masak merah..Uiks..dah pukul berapa ni..." bukan nak makan sekarang. kakak bagi cadangan untuk esok. lama dah tak makan". itulah antara bait-bait kata sebelum masing-masing nak pergi tido. hmm..padahal semalam ada kenduri kahwin tapi ayam masak merah yang terhidang tak pulak disentuhnya..Ish! saje je kan...

Actually dia nak ayam masak merah ala 'sweet n sour'. kebanyakan yang terhidang di kedai-kedai makan atau di jamuan kenduri kahwin agak pedas. So, untuk tidak menghampakan harapan dan impian si Anak untuk makan menu cadangannya tersebut, Seroja laksanakanlah hajatnya. Kat sini juga Seroja kongsikan resepinya...



- bersihkan 8 ketul isi ayam dan toskan
- masukkan i/2 sudu kecil garam
- tambah 1 sudu kecil serbuk kunyit


- gaul ayam yang dah diletakkan garam dan serbuk kunyit. perap sekejap dalam 5 minit.
- panaskan minyak dan goreng ayam sampai betul-betul masak atau garing.


- sediakan bahan kisar (bawang merah 5 biji, bawang putih 4 ulas , halia 1 inci, dan dan serai 2 batang (diketuk)
- yang tengah ni adalah lada yang dah dikisar halus.
- tumiskan semua bahan kisar sampai naik bau


- masukkan 2 sudu besar gula
- tambah 1 sudu kecil garam
- then masukkan serai yang telah diketuk tadi


- masukkan 3 sudu sos tomato
- gaul sebati semua bahan
- tambahkan ayam yang dah digoreng tadi


- kaup balik ayam goreng dalam sos
- sediakan 2 biji tomato. potong ikut suka.
- terus je masukkan tomato tuu dalam masakan. tutup api. x perlu tunggu sampai tomato layu..


Rasa masakan ni masam manis pedas sikit-sikit dan memang wat selera makan anak-anak bertambah. Yelah..Anak-anak kan nak membesar. So kita jaga la pemakanan anak-anak kita. Lau asik beli kat kedai je alamatnye..anak ingat air tangan tukang masak kat luar..uiks...xmolah sampai macam tu kan..hehe..biar simple asalkan masakan dari air tangan ibunya sendiri..Salam Muhasabah...



Isnin, 10 Jun 2013

Kasihnya Ibu

Seroja tiba-tiba je rasa tersentuh dengan bait-bait lirik dalam lagu Kasihnya Ibu. Mendayu-dayu lagu dendangan Sharifah Aini ni..


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


Rasa sayu je hati. Memang sungguh meruntun hati tatkala mendengar lagu ni keseorangan. terbuai oleh arus perasaan..Secara tak langsung terus tangan menadah ke langit memohon kebahagian buat mak di kampung dan abah Seroja yang sudah kembali ke rahmatullah.. Selagi ada ibubapa, hargailah mereka sebaiknya..jika sudah tiada tetaplah sambungkan ikatan dengan mereka melalui doa..mudah-mudahan kita semua mendapat balasan yang baik daripada Allah Taala.

Ahad, 9 Jun 2013

SENYUM...banyak khasiatnya



Tanpa kita sedar, senyuman merupakan ubat yang paling mujarab bagi mengubati hati yang sedang bersedih dan gundah gulana. Ternyata senyuman dapat memberikan wajah seseorang lebih menawan. Dengan senyuman juga ternyata memberi manfaat positif bukan hanya pada diri kita yang tersenyum tapi juga membawa efek yang baik kepada si pemandangnya...

Wah..sejak-sejak balik dari kampung ni Seroja rasa nak tersenyum je. sekalipun ada suka duka sepanjang berada di kampung..namun tetap saje boleh mengukir senyuman kerana banyak sangat kenangan manis terimbau di kotak fikiran. Erm...Sebut-sebut soal senyum ni Seroja nak share sikit-sikit pasal khasiat senyum yang antara lain berbunyi :-


WAJAH LEBIH MENARIK
setiap orang ternyata lebih ceria, cantik dan tampan ketika tersenyum.

MENGUBAH MOOD
ketika kita merasa 'down', cubalah untuk tersenyum..berkemungkinan mood kita akan berubah menjadi lebih elok dan baik.

MENGURANGKAN STRES
bila stres biasanya memang akan wujud tanda yang jelas di wajah kita. dengan tersenyum sambil istifar dipercayai dapat kurangkan stres dan kita akan jadi lebih rileks..

AWET MUDA
otot-otot yang digunakan untuk tersenyum membantu mengangkat wajah hinggakan menjadi punca wajah lebih awet muda.

PENULAR KEBAHAGIAAN
saat anda tersenyum riang dan tulus, percayalah bahawa orang lain yang sedang memerhatikan anda juga turut merasa bahagia..

MENJAGA SISTEM KEKEBALAN TUBUH
fungsi imun akan terbentuk dan meningkat di saat seseorang tersenyum. tekanan darah pula akan berkurangan. secara tidak langsung, senyuman mampu membantu sistem kekebalan tubuh untuk bekerja dengan lebih baik.


Banyak lagi aura-aura positif yang akan korang dapat dengan senyuman korang yang manis tuu..Seroja pasti..hehe..paling penting, SENYUMAN itukan SEDEKAH. so, senyumlah ye..hari-hari kita boleh bersedekah..tapi AWAS! korang jangan pulak senyum sorang-sorang tanpa sebab..(just imagine)...Sekian...







Sabtu, 8 Jun 2013

Simptom Terkena Buatan Jin

sekadar gambar hiasan


Bila boring-boring pastu xde buat ape-ape pun macam lebih membosankan. So Seroja cuba alihkan 'mouse' mengklik-klik mencari sumber inspirasi..dalam duk klik sana klik sini, tiba-tiba Seroja terhenti di satu halaman...Menarik juga untuk Seroja kongsikan..

Dalam halaman tu membicarakan tentang Jin. Dan di sini Seroja sharekan tanda-tanda ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan kita. Antara yang disenaraikan di situ adalah :-

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Jumaat, 7 Jun 2013

Pulang Ke Johor after Visit Terengganu...

Empat hari di Kuala Terengganu sangat-sangat menghiburkan dan bermakna untuk musim cuti sekolah kali ni. Insyaallah, dikesempatan lain Seroja nak jalan-jalan lagi mungkin kat negeri-negeri lain pulak..Apepun setiap berpeluang dan bergambar itu akan jadi memori yang sukar untuk dilupakan. pasti akan tetap terpahat disanubari sampai bila-bila.




ready untuk pulang ke johor


akhirnya, baru 2 jam perjalanan, masing2 dah pun terbuai lena..



Jumpa lagi. Selamat tinggal orang-orang kampung...

Berposing di sekitar Istana Maziah, Kuala Terengganu




dah puas melepak kat dataran, Seroja beralih pula ke persekitaran Istana Maziah. Itulah untungnya berjalan, jadi sempat singgah-singgah sekitar kawasan mengikut kaki nak melangkah. lau nak drive dengan kereta macam tak sanggup pulak nak meredah kesesakan lalulintas..


my hero & heroin dah mula nampak keletihan...huhu...


namun kedua-duanya tetap memberi pose menarik untuk kenangan dan tatapan...


memang tenang dan mendamaikan bila dikelilingi pohon-pohon menghijau...cukup oksigen duduk melepak kat sini...



 waaacaaa...sempat nak buka silat si Wafri...


tetap maintain memberikan pose walaupun penat..Steadylah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...