Jumaat, 14 Jun 2013

SIAKAP REBUS ALA STIM




erm..actually Seroja beli siakap ni 2 hari lepas. kononnya nak wat 'sweet sour' tapi keadaan diri x mengizinkan. Batuk-batuk dan sakit kerongkong melanda. So Seroja kena berpantang daripada tumis menumis yang menggunakan minyak..huhu...So Seroja sekadar nak share menu yang sihat ni untuk semua terutamanya mereka-mereka yang sama-sama berpantang macam Seroja ni ye..hehe.. Check it out!


- kat sini Seroja sediakan daun kesum, tomato, bunga kobis dan cilipadi. korang boleh letak apa sahaja sayuran kegemaran korang ye..
- potong sayuran ikut citarasa masing-masing
- bawang pun seroja guna 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 biji cilipadi. 



- erm..ni wajib disediakan. IKAN SIAKAP..Seroja kerat 4 bahagian. 



- sayuran yang dah pun dipotong tadi terus masukkan dalam satu periuk (kecuali tomato).
- ambil air 1 jug kecil @ 1 liter. tuang je terus dalam periuk yang dah berisi dengan sayuran.


- masukkan sedikit serbuk perasa
- letak asam keping 
- tambah pula garam 2 sudu. boleh buka api dan panaskan kuah.


- bila dah menggelegak boleh masukkan ikan.
- tambah sos tiram dalam 2 sudu besar.
- tambah pula gula 2 sudu kecil


- sesuaikan rasa. lau dah ok bolehla masukkan tomato dalam kuah yang tengah mendidih tuu.. Tutup api. dah boleh dihidangkan



2 in 1 . ada sayur ada ikan. So lepas makan ni boleh lah berehat...


Selamat Mencuba Semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...