Jumaat, 22 Februari 2013

KETUPAT SOTONG pembangkit selera...



Masakan yang bakal seroja ketengahkan ini adalah berasal dari negeri pantai timur (Ganu Kite). boleh dijadikan hidangan pagi, petang ataupun malam. apa yang pasti menu ni memang cukup mengenyangkan..meh..kita pakat cari sotong & pulut...pakat masok-masok ikut selera orang teranung pulok (cuba masak ikut selera orang terengganu). check it out!

KETUPAT SOTONG





Bahan-bahan:
Sotong saiz sejengkal - 1 kg (biasanya seroja guna sotong jarum sebab ia panjang dan runcing & isi x terlalu tebal,)
Santan (1 biji kelapa)
Beras pulut - 1/2 kg (bergantung kepada saiz sotong. jika sotong besar & dan agak banyak mungkin perlukan lebih lagi pulut)
Halia - mayang halus
Halba (biasanya digunakan sewaktu membuat nasi dagang)
Sebiji bawang merah - mayang halus
Garam secukup rasa 
Serbuk perasa (boleh ditambah jika suka)

Cara membuatnya:
Cuci beras pulut dan rendam seketika.
Isikan 2 sudu pulut ke dalam sotong (anggaran sebenar lebih kurang 1/2 daripada panjang sotong).
Kepit guna lidi atau pencungkil gigi (boleh juga menggunakan stapler, tapi berhati-hati sewaktu nak makan ye).
Masukkan sotong yang berisi pulut dlm peruik & Masukkan santan sehingga menutupi keseluruhan sotong.
Masukkan halia, bawang merah dan sedikit halba (jangan banyak, nanti pahit)
Masukkan garam secukup rasa. Boleh juga ditambah sedikit serbuk perasa.
Biarkan mendidih sambil di kacau-kacau dalam sejam sehingga pulut di dalam sotong mengembang & masak.
Siap untuk dimakan.

Sesekali bertukar selera x salahkan walaupun ada di antara anda orang jawa, bugis, banjar, india, cina, kaum murut, kadazan, bidayuh atau apa saja. Kitakan 1Malaysia.

Wassalam...


"MEMASAK ITU MUDAH..RESEPI TERBAIK ADALAH DARI DAPUR RUMAH KITA "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...