Selasa, 26 Februari 2013

KENTANG & TEMPE PLUS BILIS GORENG BERSIRA SOS

wokeh...tengok tajuk menu kali ni macam panjang la pulak ye...huhu..saje memanjangkan title..walau apepun don't worry..sharing kali ni pun sangat-sangat mudah untuk dicuba. kata pepatah "alah bisa tegal biasa". kalau dah biasa kat dapur, seroja yakin rakan-rakan dan pembaca semua sudahpun tangkas menghayun peralatan di dapur. 

menu ni simple saje tapi cukup sesuai dijadikan hidangan mkn tengahari ataupun malam. erm..boleh mkn dengan nasi panas-panas walaupun xde lauk lain...kira ni salah satu menu budget yang sihat...hehe..so, kita direct to the topic..check it out...


BAHAN2 UTAMA YANG DIPERLUKAN


Ubi kentang 3 biji..hiris mcm dlm gambar ni


Tempe ( 4 keping) - hiris jugak ye

Ikan bilis dh siap belah dan dibersihkan..(kuantiti ikut suke)

goreng je semua bahan utama mcm dlm gambar























































BAHAN2 UNTUK SOS

  1. bawang merah 3 ulas
  2. bawang putih 3 ulas
  3. lada kering 3 tangkai
  4. garam 1/2 (setengah) sudu teh
  5. gula 1 sudu teh
  6. sos cili 3 sudu besar
  7. air 2 sudu besar
  8. bahan penambah perisa (jika perlu)
  9. sedikit minyak utk menumis


ini pula proses menyira

Cara Buat
  1. blend @ tumbuk semua bahan 1,2 & 3. 
  2. panaskan minyak dalam kuali.
  3. tumiskan bahan kisar & sos cili.
  4. masukkan gula, garam, serbuk perisa.
  5. tumis sampai agak naik bau.
  6. tambah air dan biar mendidih seketika.
  7. tutup api.
  8. gaul bhn yg kita dh gorg td dlm kuali.

proses gaul balik semua bahan utama dengan bahan sos


tara...ahaa...inilah hasilnya.. simple tapi menarik dan senang untuk dicuba.. 
Hasilnya

jumpe lagi dilain segmen ye..salam muhibah dari seroja untuk semua..






‎9 TO 5 = 4 HOURS?



Seroja terpanggil untuk share cerita muka depan akhbar The STAR hari ni...9 to 5 = 4 hours yang diulas oleh Datuk Dr Maznah Hamid. kandungannya berbunyi begini;

Menurut kajian yang dibuat, masa kita bekerja di pejabat lebih panjang berbanding dengan masa kerja di negara lain, tetapi masa yang panjang itu tidak produktif! Kekadang ada antara kita perlu membuat kerja lebih masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Adakah kita gagal mengurus masa dengan berkesan atau kita tidak menghargai masa?

Bijak pandai ada mengatakan, masa itu emas. Sejak zaman dulu manusia mengakui emas begitu berharga dan bernilai. Memiliki emas sama ada sebagai harta atau barang perhiasan turut menjadi kebanggaan.

Melihat mahalnya nilai emas di pasaran dan sukar pula untuk memperolehnya tanpa ikhtiar serta usaha, maka nilaiannya disandarkan kepada masa. Walaupun emas tetap mahalnya, namun jika dibandingkan dengan masa, nilainya tidak sama.

Emas dan masa sama berharga serta tidak ternilai tetapi masa tidak dapat disamakan dengan harta benda dan wang ringgit kerana masa tidak boleh ditukar ganti, dibeli dan dikembalikan jika ia sudah berlalu. Hukama mengibaratkan masa sebagai pedang.

Jika manusia tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului menyebabkan manusia mengalami kerugian membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat.

Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya, masa memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan. Kerja perlu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelak kerja bertangguh dan tidak sistematik.

Majikan akan menilai keberkesanan tugasan pekerja dengan memperuntukkan tempoh waktu tertentu untuk menyiapkan tugasan. Jika tugasan disiapkan pada tempoh ditetapkan, maka pekerja sebeginilah yang benar-benar memahami dan menghayati pentingnya mengikut ketetapan masa kerana setiap detik masa berlalu, tidak akan dapat diulang kembali.

Islam mengajar cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan antaranya ialah membuat perancangan teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan penting bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa.

Jadi, bagaimana anda mengurus masa? Sama-sama kita muhasabah diri sendiri...

9 TO 5 = 4 HOURS?

Suka saya kongsikan cerita muka depan akhbar The STAR hari ni...9 to 5 = 4 hours

Menurut kajian yang dibuat, masa kita bekerja di pejabat lebih panjang berbanding dengan masa kerja di negara lain, tetapi masa yang panjang itu tidak produktif! Kekadang ada antara kita perlu membuat kerja lebih masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Adakah kita gagal mengurus masa dengan berkesan atau kita tidak menghargai masa?

Bijak  pandai ada mengatakan, masa itu emas. Sejak zaman dulu manusia mengakui emas begitu berharga dan bernilai. Memiliki emas sama ada sebagai harta atau barang perhiasan turut menjadi kebanggaan. 

Melihat mahalnya nilai emas di pasaran dan sukar pula untuk memperolehnya tanpa ikhtiar serta usaha, maka nilaiannya disandarkan kepada masa. Walaupun emas tetap mahalnya, namun jika dibandingkan dengan masa, nilainya tidak sama. 

Emas dan masa sama berharga serta tidak ternilai tetapi masa tidak dapat disamakan dengan harta benda dan wang ringgit kerana masa tidak boleh ditukar ganti, dibeli dan dikembalikan jika ia sudah berlalu. Hukama mengibaratkan masa sebagai pedang. 

Jika manusia tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului menyebabkan manusia mengalami kerugian membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat. 

Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya, masa memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan. Kerja perlu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelak kerja bertangguh dan tidak sistematik.

Majikan akan menilai keberkesanan tugasan pekerja dengan memperuntukkan tempoh waktu tertentu untuk menyiapkan tugasan.  Jika tugasan disiapkan pada tempoh ditetapkan, maka pekerja sebeginilah yang benar-benar memahami dan menghayati pentingnya mengikut ketetapan masa kerana setiap detik masa berlalu, tidak akan dapat diulang kembali. 

Islam mengajar cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan antaranya ialah membuat perancangan teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan penting bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa. 

Jadi, bagaimana anda mengurus masa? Sama-sama kita muhasabah diri sendiri...

Isnin, 25 Februari 2013

LIPAN OH LIPAN!!!

cuti sabtu dan ahad baru-baru ni seroja x kemana-mana..just duk umah dan layan karenah 2 orang permata..minggu ni masing-masing sibuk duk melakat depan laptop duk men game Plants vs Zombie . huhu..celik mata pagi-pagi je dah main game.. astro ceria berehat seketika minggu ni..

nak dijadikan cerita, tengah syok-syok main game tiba-tiba ada sejenis haiwan berbisa melalui betul-betul depan laptop tempat anak-anak seroja main game. lintang-pukang masing-masing lari. terkejut, takut dan geli..macam-macam perasaan la timbul bila dilihat daripada raut wajah kedua-duanya. 

untuk keselamatan, seroja ketuk haiwan tu dengan surat khabar lama dan bila melihat pergerakan haiwan tu agak slow..seroja ambil penyembur serangga..erm..berderau jugak sebenarnya. mujur pantas sebab sempat nampak kalau tidak, tak tahulah apa jadi kan. mungkin ada yang kena sengatan haiwan berbisa tuu..agak2 korang haiwan apakah yang seroja sembur tu...??? ^_^ see >>
lipan bara

hurrmmm...anak seroja yang lelaki ni memang penggeli dengan spesis-spesis ulat ni.  dari cacing, ulat bulu, ulat gonggok dan lipa mcm ni..tak tau la sebab trauma @ takut sangat sampai demam lak sehari selepas tu..walaupun demam tapi still nyenyak tido dengan penuh gaya..hehe


Jumaat, 22 Februari 2013

RENDANG PEDAS CILI PADI ALA SEROJA


untuk entry kali ni, seroja nak share menu ala2 negeri 9 style..kan negeri tu terkenal dengan masak lomak cili api...hehe..teringat lak lagu Blues Gang. 

so kita x payah cite panjang. meh kita jengok2 resepi & cara2 nak wat rendang pedas  SEROJA STYLE...jom3..


BAHAN2
  1. bawang besar (seroja guna bawang Holand)
  2. bawang putih
  3. cili padi segenggam ( tapi org kata lau nak pedas ambil dalam bilangan ganjil...)
  4. daun limau purut ( dlm 7 helai)
  5. daun kunyit ( 3 helai je)
  1. garam 2 sudu teh ( seroja pakai garam bukit yg warna merah)
  2. serbuk perasa ( 1 sudu kecil)
  3. kunyit (3 sudu kecil) - nak lebih pekat kaler kuning pandai2 tambah ye..
  4. asam keping (2 keping dah cukup)

bawang besar, bawang putih & cili padi kita tumbuk.. x payah lumat la..

panaskan minyak..sikit je..pastu tumis bahan tumbuk tu..

seroja guna santan ni ye..jenama KARA

masukkan ayam yang dah siap dipotong dan dibersihkan. seroja guna ayam tua ye..letak santan sekali..


ratakan semua bahan macam dalam gambar ni..terus tambah daun limau purut dan daun kunyit

tutup kuali..biarkan ayam mereneh dalam tu 1 jam @ sehingga ayam empuk.

masak sampai agak kering..tapi lau suka ada kuah jangan la wat kering sangat ye..
erm..inilah hasilnya..senang je kan..dah leh makan ngan nasi..
wokeh..dah dapat lagi satu sharing daripada seroja kan..apalagi..praktikkan yok di hari minggu..

"MEMASAK ITU MUDAH..RESEPI TERBAIK ADALAH DARI DAPUR RUMAH KITA "



KETUPAT SOTONG pembangkit selera...



Masakan yang bakal seroja ketengahkan ini adalah berasal dari negeri pantai timur (Ganu Kite). boleh dijadikan hidangan pagi, petang ataupun malam. apa yang pasti menu ni memang cukup mengenyangkan..meh..kita pakat cari sotong & pulut...pakat masok-masok ikut selera orang teranung pulok (cuba masak ikut selera orang terengganu). check it out!

KETUPAT SOTONG





Bahan-bahan:
Sotong saiz sejengkal - 1 kg (biasanya seroja guna sotong jarum sebab ia panjang dan runcing & isi x terlalu tebal,)
Santan (1 biji kelapa)
Beras pulut - 1/2 kg (bergantung kepada saiz sotong. jika sotong besar & dan agak banyak mungkin perlukan lebih lagi pulut)
Halia - mayang halus
Halba (biasanya digunakan sewaktu membuat nasi dagang)
Sebiji bawang merah - mayang halus
Garam secukup rasa 
Serbuk perasa (boleh ditambah jika suka)

Cara membuatnya:
Cuci beras pulut dan rendam seketika.
Isikan 2 sudu pulut ke dalam sotong (anggaran sebenar lebih kurang 1/2 daripada panjang sotong).
Kepit guna lidi atau pencungkil gigi (boleh juga menggunakan stapler, tapi berhati-hati sewaktu nak makan ye).
Masukkan sotong yang berisi pulut dlm peruik & Masukkan santan sehingga menutupi keseluruhan sotong.
Masukkan halia, bawang merah dan sedikit halba (jangan banyak, nanti pahit)
Masukkan garam secukup rasa. Boleh juga ditambah sedikit serbuk perasa.
Biarkan mendidih sambil di kacau-kacau dalam sejam sehingga pulut di dalam sotong mengembang & masak.
Siap untuk dimakan.

Sesekali bertukar selera x salahkan walaupun ada di antara anda orang jawa, bugis, banjar, india, cina, kaum murut, kadazan, bidayuh atau apa saja. Kitakan 1Malaysia.

Wassalam...


"MEMASAK ITU MUDAH..RESEPI TERBAIK ADALAH DARI DAPUR RUMAH KITA "


Khamis, 21 Februari 2013

lEmPeNg

LEMPENG??? uiks..percaya atau tidak ia merupakan menu tradisional yang tetap menggamit selera kita terutamanya orang melayu. 

ish! macam xde resepi lain ye seroja ni kan..hehe..Actually semalam punye cerita la ni..ada di kalangan kawan2 seroja yang duk citer pasal makanan ni. ada yang suka garing..ada yang suka tebal..ada juga yang suka bubuh kelapa parut muda..dan tak kurang juga yang suka sangat cicah ngan sambal sardin atau kari ikan, ayam atau daging...

uhuhuhu! macam2 kan selera kita ni..apepun lau dah peberet memang sedap la jadi juadah di pagi hari untuk sarapan pagi..mungkin juga di petang hari terutamanya waktu hujan..dan paling selalu didengar..erm..sayang tengok kuah kari semalam, so panaskan then wat lempeng leh jugak bahan pencicah...

meh kita survey cara nak wat lempeng cara mudah, senang lagi menjadi....jom3..

inilah bahan2 yang kita perlukan...
- Tepung gandum (dlm 250-300grn) agak2 je ni..
- air segelas
- telur 1 biji
- garam 1 sudu teh
blender je semua bahan

inilah rupa bila semua bahan dah disatukan dalam blender

nak pastikan ok ke x adunan korang, try wat mcm dlm gambar ni..agak2 nampak mcm bertali..oklah tu..

persediaan sebelum menggoreng lempeng...wajib ni... 
sapu je minyak kat kuali leper ni dengan minyak..macam dalam gambar ni..
bubuh dengan senduk adunan tu atas kuali
erm..pandai2 adjust bentuk macam mana korang suka..hehe
bila diterbalikkan..lempeng x lekat kat kuali...tengok2..^_^
api sederhana je yer..macam ni...


see...nilah hasilnya..siap ada kuah kari ayam..dah leh mkn...

 hope artikel dapat sedikit sebanyak memberi ruang ilmu atas dasar perkongsian..share2 lah ye..wasalam...


"MEMASAK ITU MUDAH..RESEPI TERBAIK ADALAH DARI DAPUR RUMAH KITA "





Selasa, 19 Februari 2013

Sotong Masak Kicap Versi Seroja



sementara nak tunggu balik kije pukol 5.30 petang ni..bolehlah survey2 menu apa yang ringkas dimasak malam ni..ada yang terpikir nak masak ayam..tak kurang juga ada yang merancang untuk memasak hidangan seafood..

yeah! kat sini seroja nak share resepi seafood yang paling mudah, ringkas dan senang pula nak masak..tp yang pasti rasanya..nyum3..


sotong yang dah siap dipotong, dibuang kulit & dibersihkan


ini pula bahan2 yang kita perlukan untuk menumis..

Bahan2 terdiri daripada :-

  • - Cili padi Merah (belah 2 @ ketuk je)
    - Halia (sikit je- hiris halus2)
    - Bawang Besar 1 labu - potong bulat2
    Bwang Putih (hiris jugak - dlm 3 ulas)
    Halba (sikit je-lau letak banyak nanti pahit pula masakan korang)

    proses menumis..  



  • masuk je semua bahan tadi dlm kuali . pastikan minyak dah siap sedia dipanaskan. agak dah layu seme, masukkan sotong. then tuang je kicap pekat dlm 3 sudu. jangan lupa masukkan sedikit air asam jawa ye..




      hasilnya..



mudah kan? haa..apa tunggu lagi..meh pakat2 cuba..x sampai setengah jam pun dah siap hidangan ni...ok ..jumpa lagi di lain catatan...sekian..

"MEMASAK ITU MUDAH..RESEPI TERBAIK ADALAH DARI DAPUR RUMAH KITA "


Isnin, 18 Februari 2013

PERKAHWINAN JOE & DAYAH

erm...nak dijadikan cerita..kawin jugak sorang lagi adik saya yang ke-4 walaupun macam rintangan dan dugaan diterima. Majlis berlangsung secara sederhana di dewan Permas Jaya. lihatlah wajah-wajah yang terlibat dalam rombongan menghantar pengantin untuk majlis persandingan...







 haa...ini barisan junior berbaju merah...





saje je duk berselerak sebab tggu pengantin berdandan dari butik yang x sampai2...










                       


orang kuat majlis..hehe..ce teka siapa?











Ini pula majlis sambut menantu yang berlangsung di Felda Tenggaroh 5. walaupun x mewah tapi meriah sebab keluarga besar bergabung..

Dekdah, Seroja, Ira & Mirul

Zack, Zemi & Dizan

mak, cik ngah, k.yan,dekdah

nora, k.yan.dekdah, mirul & a'an

orang kuat dapur..kak amie & nora
ini to'ki dan mak saya

erm..ramai betul mandur bahagian katering ni ye..hehe

Actually ramai lagi yang x sempat seroja ambil gambar..maaf sangat2 coz seroja terlibat secara langsung bahagian katering, jadi org2 yang keluar masuk area dapur je yang sempat seroja ambil gambar..lain2 ada dalam pada camera man yang jaga bahagian depan ye..

Opsss...dalam sibuk duk upload gambar-gambar keluarga mesti korang tertanya-tanya kan...pengantinnya mana?..hahaha...

Inilah pasangan mempelai Joe & Dayah


berjumpa lagi kita di lain halaman.. salam manis daripada seroja buat semua teman dan pembaca..wasalam..

Rabu, 13 Februari 2013

Tinta Sulong



Salam Perkenalan Semua…

Hari ini, tanggal 13 Februari 2013 saya mula mereka cipta sebuah blog sebagai langkah permulaan untuk berkongsi suka duka kehidupan bersama anda semua. Dunia ini memang lumrahnya menjadi pentas lakonan. Kadang-kadang secara tidak sedar sebenarnya kita sudahpun menjadi pelakonnya. Setuju??

Hari ini kita mungkin gembira. Tapi adakah orang lain tahu bahawa semalam dan kebelakangan hari sebelumnya kita sentiasa hidup bergenang dengan airmata? Segala apa yang tersurat & tersirat cuma  Yang Maha Pencipta lebih mengetahui. Perjalanan hidup kita memang telah diaturkan sejak azali lagi.

Kita tak pernah tahu tentang hari esok... kerana Allah tak janji hidup ini mudah, tetapi Allah janji setiap saat dan detik kehidupan kita DIA sentiasa ada bersama. Jika semalam awak bersedih, jangan bawa sehingga hari ini. HIDUPLAH hari ini dan esok juga seterusnya dengan BERSEMANGAT! 

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian....
Dia datangkan pula guruh dan kilat.... Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH Akan hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh Anugerah tuhan..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan sakit dek bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan lebih menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…


DISEBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN

tetaplah tersenyum, meskipun merasa sakit...
tetaplah memberi, meskipun tak pernah dibalas...
tetaplah ceria, meskipun terluka...
tetaplah diam, meskipun perit...

Dan ketika kamu bahagia, meskipun kehilangan....
Di situlah ketulusan hati sedang diuji...
Kesedihan mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan...
Seperti juga sakit,mengajarkan tentang nikmatnya sihat...
Dan apabila sakit, Allah SWT yang menyembuhkannya...

Seringkali kita berputus asa tatkala mendapatkan kesulitan atau cubaan.
Padahal Allah SWT telah memberi janji bahwa di balik kesulitan ada kemudahan, pasti ada jalan keluar yang begitu dekat...




Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...