nak dijadikan cerita, tengah syok-syok main game tiba-tiba ada sejenis haiwan berbisa melalui betul-betul depan laptop tempat anak-anak seroja main game. lintang-pukang masing-masing lari. terkejut, takut dan geli..macam-macam perasaan la timbul bila dilihat daripada raut wajah kedua-duanya.
untuk keselamatan, seroja ketuk haiwan tu dengan surat khabar lama dan bila melihat pergerakan haiwan tu agak slow..seroja ambil penyembur serangga..erm..berderau jugak sebenarnya. mujur pantas sebab sempat nampak kalau tidak, tak tahulah apa jadi kan. mungkin ada yang kena sengatan haiwan berbisa tuu..agak2 korang haiwan apakah yang seroja sembur tu...??? ^_^ see >>
lipan bara |
hurrmmm...anak seroja yang lelaki ni memang penggeli dengan spesis-spesis ulat ni. dari cacing, ulat bulu, ulat gonggok dan lipa mcm ni..tak tau la sebab trauma @ takut sangat sampai demam lak sehari selepas tu..walaupun demam tapi still nyenyak tido dengan penuh gaya..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan