Isnin, 11 Mac 2013

VANILLA MARBLE CHEESE CAKE

salam ceria buat semua rakan-rakan. seroja dah lama jugak x buat kuih untuk santapan di petang hari minggu . maklumlah sibuk sangat2 dengan jemputan di majlis2 kahwin. so, hari minggu yang lepas macam ada free time sikit, maka terhasillah "Vanilla Marble Cheese Cake".

jom2..kita tengok apa cerita disebalik namanya..check it out!





BAHAN2NYA
  • susu segar 1 cawan (rujuk gambar 1)
  • 4 keping slice cheese - siat2 jadikan kecil2 (mcm dlm gambar 2)
  • 4 biji telur gred A (asingkan putih & kuning - rujuk gambar 6 & 7)
  • gula kasar ( 3/4 cawan (rujuk gambar 8)
  • tepung berserbuk penaik jenama BLUEKEY - 1 cawan
  • buttercup 250gm (potong - ambil 1/3 sahaja) - rujuk gambar 2
  • loyang 20 cm 

persediaan BUTTER..
  1. siat2 slice cheese
  2. masukkan susu dan slice cheese dalam periuk & panaskan atas dapur. guna api kecil (rujuk gmbr 3).
  3. bila cheese dah mula cair, masukkan butter (rujuk gmbr 4) dan biarkan cair juga.. sejukkan.

 CARA NAK BUAT


  1. asingkan telur putih & kuning dlm bekas berasingan (lihat gambar 6 & 7)
  2. sediakan gula kasar je 3/4 cawan (lihat gambar 8)
  3. masukkan gula dalam putih telur dan putar sampai ringan ( dia akan jadi putih gebu gitu)
  4. seterusnya dlm bekas berasingan putar pula kuning telur sampai agak kembang. (dalam gambar 12, seroja sengaja pakai pemukul telur tradisional. nak exercise sikit..hehe)
  5. campurkan adunan butter dan putar lagi. sudukan tepung sedikit demi sedikit sampai tepung dlm cawan habis. siap mcm dalam gambar 14.
  6. then, bolehlah satukan bahan antara kedua-dua bekas. guna kaedah kaup balik pakai senduk kayu. sebatikan. campuran adunan kita bahagi 2 ye sebelum kita bubuh pewarna..dalam gambar 16 & 17 seroja buat warna kuning & biru..
  7. erm..proses ni yang seronok..sapukan marjerin kat sekeliling dlm loyang. pastu korang marblekanlah adunan ni ikut citarasa dan kreativiti sendiri. gambar 18 & 19 tuu..leh rujuk sebagai contoh je..
  8. bila dah siap, bolehlah dibakar dalam oven. guna suhu sekitar 170 darjah celcius. bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek masak (cuba cucuk dengan lidi sate..lau dah xde kesan tepung melekat, maknanya dah masak la tuu..
  9. sejukkan sebelum dihidangkan bersama minuman kegemaran anda..tapi lau nk makan panas2 pun ok..hehe..tetap mabeles dan nikmat..dari dapur kita kann...




dah pun siap..kejap je kan..


Inilah hasilnya..walaupun main potong sembarang je tapi dari segi rasa memang tidak mengecewakan..


cuba2 wat ye kawan2..jumpa lagi..peace ^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...