Sabtu, 1 Jun 2013

Adab Ketika Makan Mengikut Cara Rasulullah




Seroja tertarik dengan artikel yang dipostkan oleh seorang blogger 'sayangibu'. Artikel ini merupakan huraian daripada Kitab Ihya Ulumuddin jilid ke-2 cetakan Darul Arqam karya oleh Imam Ghazali. Antara bait-bait tulisan yang Seroja dapat kongsikan adalah seperti berikut : 

1.Mestilah makanan itu adalah halal untuk dirinya sendiri iaitu bukanlah dari perkara-perkara yang diharamkan seperti daging khinzir dan sebagainya, baik dari sudut sumber kita memperolehinya dan selaras dengan sunnah dan wara' yang digariskan dalam Islam. Terhindar dari perkara-perkara yang makruh dan sebagainya. Seperti firman allah  
يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
"wahai orang yang beriman, jangan lah kamu makan harta diantara kamu dengan cara yang batil" Nisa:29

2. Membersihkan tangan sebelum makan. Ini adalah kerana terdapat hadis yang berbunyi
"wudu' sebelum makan menghindarkan diri dari kefakiran dan berwudu' selepasnya dapat melepasi sifat tidak siuman" Abu Daud : 4/136

3. Meletakkan alas dibawah makanan yang terletak di bawah dan perbuatan ini lebih dekat dengan perbuatan Rasul s.a.w. dan ini lebih dekat kepada tawadu'.

4. Berniat dengan makan itu dapat menambah kekuatan untuk mentaati Allah s.w.t.. Tidak berniat hanya untuk menikmati nikmat makan semata-mata. Seterusnya berhenti makan sebelum kenyang. Sesiapa yang melakukannya nescaya ia tidak berhajat kepada doktor.

5. Meredai dengan apa yang terhidang dan tidak berusaha mencari makanan lain yang lebih nikmat serta meminta untuk ditambah lebih dari itu.

6. Berusaha untuk makan secara beramai-ramai sama ada dengan ahli keluarga mahupun anak-anak. sabda nabi s.a.w. "jangan kamu makan berseorangan"


Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang adab-adab dalam kita menikmati makanan seharian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...