Jumaat, 14 Jun 2013

SOTONG MASAK HITAM tetap menawan selera..




Hahaha...first time wat masakan ni. Cuba jaya la ni ye...Asik dengar-dengar orang cerita je. Masakan ni menggunakan sedikit dakwat sotong. so Seroja try la wat tapi gunakan resepi sendiri. yang penting nak kasi warna kuah tuu nampak hitam kann..hehe

Nak tau caranya..Meh scroll ke bawah untuk lihat resepinya...


- sediakan bahan2 : cilipadi merah 4 biji, bawang putih 3 ulas, bawang merah 2 biji dan halia 1 inci
- hiris2 semua bahan 

- erm dakwat sotong yang nilah yang kita perlukan yer..isi perut yang lain tuu..silakan korang buang..hehe
- bersihkan sotong dan toskan. Seroja cuma masak 8 ekor je sotong sebab masa ni tinggal berdua je kat umah..


- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan hiris tadi sampai naik bau


- masukkan sotong yang dah ditoskan tadi
- kaup balik dengan bahan tumisan
- masukkan air dalam 1/2 cawan


- masukkan sedikit serbuk perasa
- tambah 1/2 sudu teh garam
- letak pulak 2 sudu teh gula


- masak sampai dah menggelegak. tutup api dan boleh dihidangkan.


erm...percubaan yang baik. cuma AWAS jika anda memang seorang yang alah dengan makanan laut tak payahlah cuba-cuba langgar pantang nak mencuba resepi ni ye. mereka yang menderita sakit kerongkong atau yang batuk-batuk pun sila sekat percubaan sementara waktu..takut melarat pulak batuknya tuh..hehe..apepun resepi ni memang sedap..he3x...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...