Ahad, 2 Jun 2013

MUHASABAH & RENUNGAN...




Apabila kita berada di atas..hendaklah kita sentiasa pandang ke bawah..tidak jatuh maruh diri kita seandainya kita punyai sikap sedemikian rupa..kerana hidup yang sentiasa di redhai dan di limpahi keberkatan dari-NYA adalah kehidupan dunia yang ingin dimiliki oleh umat manusia khususnya kita yang beragama ISLAM...begitu juga jika kita rasa diri ini hebat...jangan lupa ALLAH SWT lebih MAHA HEBAT-NYA..kerana sesungguhnya tiada kuasa yang mampu mengatasi kekuasaan ALLAH SWT di muka bumi ini.

Ada kawan yang boleh susah senang bersama..ada kawan yang hanya senang bersama..tetapi apabila kita sedih dan susah..mereka menjauhkan diri..meminggirkan diri daripada kita...sukar menduga hati manusia..payah juga memahami perasaan mereka...

Menilai hati manusia bukanlah dari pakaian atau paras rupa..begitu juga dari cara pertuturan dan tingkah laku..kerana manusia ini diciptakan oleh ALLAH SWT dengan pelbagai sifat dan perangai, dengan pelbagai sikap dan mentaliti yang berbeza..mungkin di depan kita sikap manusia itu berbeza..namun di belakang kita sikap dan perangai mereka akan berubah 100%...itulah hakikat sebenarnya makhluk yang bergelar MANUSIA...

MANUSIA mudah sangat menjadi begitu riak dan takbur...apatah lagi kejayaan yang datang itu diperolehi dalam bentuk wang ringgit mahupun pangkat..erm...manusia mudah lupa apabila diri itu sudah mejadi kaya dan senang..berasa diri itu sangat hebat daripada orang lain..dia merasakan dia sahaja yang betul...maaf..bukan membuka pekung di dada orang lain..namun Seroja cuma ingin menyedarkan makhluk yang bernama MANUSIA itu supaya sedar yang kita hanya lah makhluk ALLAH SWT yang sangat kerdil di sisi pencipta-NYA..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...