Jumaat, 12 April 2013

JELLY KELAPA - betul-betul pure dan asli...




kalau ada yang tak tahu, sebenarnya seroja memang suka memasak dan menjual hasil dari dapur. dan salah satu yang seroja jual ialah Jelly Kelapa. ahhaaa...pernah dengar..mesti korang pernah makan kan? Seroja jual ni harganya RM2 je sebekas. bolehlah lau rasa-rasa nak tempah dengan seroja untuk majlis-majlis kawen, hari lahir atau apa-apa yang dirasakan sesuai.

hidangan ni boleh dijadikan pencuci mulut untuk tetamu yang hadir..boleh juga jadi door gift..hehe..mesti tetamu akan teringat-ingat dan menyebut-nyebut kelainan Jelly Kelapa yang 'pure' ni. meh kita lihat cara nak buat sendiri Jelly Kelapa ni.


1. keluarkan agar2 dari plastik. masukkan dalam periuk cuci sedikit.
2. belah kelapa..ambil air kelapa.. 


3. air kelapa bubuh dalam periuk yang dah ada agar-agar
4. masukkan daun pandan dan masak sehingga agar-agar hancur.


5. masukkan gula. dalam 7 sudu besar. kalau suka manis bolehlah tambah lagi sukatan gula ye..


6. ni pula proses nak keluarkan isi kelapa muda.


7. letak isi kelapa muda yang dah kita keruk-keruk  pinggan.
8. dalam bekas lain catukan isi kelapa muda..biar sama banyak.



9. apabila gula sudah hancur dan agar-agar telah menggelegak dan masak, segera tutup api dan angkat. tuang dalam bekas yang kita dah bubuh isi kelapa muda tadi.
10. hmmm...lihat gambar. seme bekas dah terisi dengan agar-agar

dah sejuk bolehla tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk..





selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...