Isnin, 15 April 2013

SINGGANG @ ASAM REBUS IKAN KEMBONG - walau ringkas tetap menyelerakan





Menu ni sebenarnya sangat-sangat mudah untuk dicuba. x perlu ambil masa yang lama pun dar segi persediaan bahan sehingga masakan siap sedia untuk dimakan. memang menjimatkan masa dan nak makan pun senang hati. x payah nak tumbuk sambal belacan dah..seme dah lengkap dalam satu hidangan. kuah singgang boleh dihirup macam sup..


Bagi mereka yang memang menjaga diet dan kesihatan, menu ni x menggunakan minyak langsung..sihat kan menu ni? jadi memang sesuai  orang-orang berdiet..tambahan lada hitam membuatkan badan kita hangat dan lebih sihat bertenaga. di samping itu, salah satu petua juga, bila setiap masakan kita campurkan dengan lada hitam akan mengurangkan risiko terkena batuk mahupun tibi.


Seperkara lagi, bagi rakan2 yang memang gemarkan pedas, dah boleh tenyeh je cili padi yang diletakkan dalam kuah tu kat nasi..erm..lengkap sudah...so..meh kita jengah-jengah macam mana nak wat Singgang @ Asam Rebus ni...check it out!


1 - sediakan 4 ikan kembong batu - bersihkan
2 - sedikan bahan - bawang merah 1 biji, bawang putih 2 ulas, asam keping 1 dan cili padi 7 biji 


3 - masukkan ikan yang telah dibersihkan dalam periuk dan tambahkan terus bawang  merah, bawang putih, asam keping dan cili padi
4 - masukkan  1 sudu kecil garam
5 - tambahkan 1 sudu kecil serbuk kunyit



6 - masukkan sedikit serbuk lada hitam
7 - tambahkan air
8 - pastikan  air menutupi ikan ye..



9 - mula merebus guna api besar
10 - tunggu sampai menggelegak. siap. dah boleh hidang. 

mudah kan? senang sangat-sangat nak buat singgang ni. yang penting, walaupun simple, dan mudah  tetap sedap dimakan bersama nasi panas..ohhohooiiiiii..kecur lak..memang bangkit selera makan..Selamat mencuba ye...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...