Isnin, 8 April 2013

PULUT KUNING BERSERI DGN SMILEY...




balik kerja je tergopoh gapah nak menyiapkan menu pulut kuning. maklum ler besday cik abang. tapi agak leceh jugak kalau nak wat ikut cara tradisional. nak merendam pulut sampai la ke proses mengukus..lambat sesangat rasanya. so seroja ambil jalan pintas untuk siapkan juga juadah ni sebelum cik abang balik dari kerja..tara..menjadi jugak..Alhamdulillah..

Jom cuba wat pulut kuning simley versi seroja ni..jom..3x...

BAHAN2
  • pulut 2 cawan
  • santan pekat KARA  separuh + air, jadikan 2 cawan
  • garam 1 sudu kecil
  • gula 2 sudu besar
  • serbuk kunyit 2 sudu kecil
  • 3 helai daun pandan disimpul
UNTUK HIASAN (telur dadar)
  • Telur gred A 1 biji
  • kicap masin 1 sudu kecil

CARA NAK SEDIAKAN HIDANGAN

1. sukat pulut menggunakan cawan.
2. santan yang seroja gunakan
3. guna separuh je santan tu


4. bersihkan pulut.
5. masukkan santan. sukat menggunakan cawan yang sama dengan beras pulut.
6. pulut dah siap isi santan
7. tambah gula, garam dan serbuk kunyit


8. sebatikan campuran dalam rice cooker
9. masukkan daun pandan yang dah disimpul kemas..
10. pasang plug, on suis dan masak mcm masak nasi biasa


11.  dah keep warm petanda pulut kuning kita dah masak
12. bahagian bawah mungkin berkerak hitam sikit sebab kita ada bubuh gula. tp yang tu pun sedap dimakan
13. erm..cari mangkuk  yang susuai dengan kita punya pulut kuning..
(seroja guna mangkuk kaca sederhana besar. )


14. ambil satu pinggan yang agak ngam dengan mangkuk kita tadi tu..tutup & terbalikkan dengan berhati-hati
15. tara....dah jadi..ambil simpulan daun pandan tadi, bubuh atas pulut kuning kita sebagai hiasan..simple kan?

tp still nampak macam kosong je pulut kuning seroja ni kan...hehe..timbul pula idea untuk menceriakannya dan next mision is " bubuh  telur dadar gulung yang dah dipotong-potong.

16. goreng telur dadar macam biasa. 1 biji gred A dah cukup. bubuh kicap masin sikit dalam adunan telur dadar supaya warnanya akan kelihatan agak gelap sedikit.
17. bila dah angkat, gulung  dengan cermat sementara masih panas.
18. bila dah sejuk sikit, potong-potong macam dalam gambar.



19. ini adalah pulut kuning yang ready menanti digubah.
20. telur dadar yang dah dipotong bulat2 tu seroja hiaskan dikeliling pinggan dan tambahkan atas pulut untuk dekorasi...smile...1..2..3...

Harap dapat berikan inspirasi dan idea untuk semua pembaca. Selamat mencuba...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...