Selasa, 12 Mac 2013

IKANG AYE @ IKAN TONGKOL GORENG BERLADA pelengkap hidangan keluarga




bila tiba hujung minggu, seperti sudah terbiasa dengan menghadirkan diri ke majlis2 walimatul urus. dan paling biasa juga lauk pauk yang dihidangkan untuk para tetamu adalah ayam & daging..huhu...kadang2 naik jemu pula.

so bila tiba hari bekerja, bila terpandang ayam atau daging..selera jadi terbantut pula...hehe..jadi, jangan bantutkan selera rakan2 ataupun orang tersayang ye..meh kita pancing ikan di pasar..



entry kali ni, seroja nak share satu lagi resepi yang simple.. "IKAN TONGKOL GORENG BERLADA". erm..lau kat kampung seroja (ganu) ikan ni kami panggil ikan 'aye'. memang ikan ni paling glamer kat sane sebab di terengganu memang terkenal dengan nasi dagang dan lauknya pastinya bertemankan kari ikan aye@tongkol. seroja akan kongsikan resepinya untuk entry akan datang. tunggu ye...
wokeh..kita terus je kepada persediaan nak wat menu kita kali ni..jom3x survey..

BAHAN2
  • 4 keping isi ikan aye@tongkol
  • lada kering 2 tangkai
  • kunyit debu@serbuk 1 sudu kecil
  • garam 1/2 sudu kecil
  • bawang putih 2 ulas
  • bawang merah 3 ulas

BERSIHKAN IKAN.  AMBIL 2 KEPING ISI IKAN











BUBUH BUMBU/BAHAN KISAR

CARA BUAT...
  1. bersihkan ikan dan toskan.
  2. kisar@tumbuk  lada kering, bawang merah dan bawang putih.
  3. satukan semua bahan dan sebatikan dengan ikan. perap sekejap..dalam 5-10 minit.

PERAP 5 MINIT
4. lepas perap, panaskan minyak dalam kuali dan mula menggoreng ikan. goreng sampai ikan masak ye..tapi jangan terlalu garing pula..kang keras sangat dan rasa manis ikan hilang pula.
GORENG DGN API SEDERHANA.
GELAP DAN KABUR SIKIT GAMBAR SEBAB
NAK SNAP MINYAK PANAS TGH TERPERCIK2..
HEHE..GABRA JUGAK.. ^_^

ahaaa...beginila rupanya..perlu diingat ye, rasanya memang sedap. anda cuba dan rasainya sendiri..seroja harap rakan2 dan pembaca dapat  satu lagi manfaat ilmu dan perkongsian dari dapur seroja. terima kasih kerana sudi singgah2 di sini... jumpa lagi ye..

MCM NI LA RUPANYE..
X PYH HIAS PUN SBB PINGGAN DAH ADA BUNGA..HEHE..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...