Jumaat, 22 Mac 2013

KARI IKAN AYE@TONGKOL - peneman setia nasi dagang mahupun nasi putih




wow!. memang memikat selera kan..kari ikan tongkol ni lau dapat makan dengan nasi dagang memang sedap. tapi lau xde nasi dagang, nasi putih pun apa kurangnya..silap haribulan ada baki kuah kari tu boleh lak kita cicah dengan lempeng buat sarapan pagi..hehe..resepi kita, cara kita nak pelbagaikan juadah dan kegunaannya kan..x gitu?

ok..kita layan resepi nak wat kari ikan tongkol ni..jom3...


 BAHAN2

  • ikan tongkol yang sudah siap dikukus
  • lada kering 7 tangkai
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 3 inci
  • lengkuas 5 inci
  • serbuk kari 2 sudu besar
  • 2 tangkai daun kari
  • santan 1 cawan
  • kerisik kelapa 2 sudu besar
  • asam gelugor 1 keping 
  • garam secukup rasa
  • rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, cengkih da buah pelaga)
  • cili besar hijau @ cili padi hijau
  • sedikit minyak untuk menumis


CARA MASAK
  1. kisar bawang putih, bawang besar, lada kering & halia. lengkuas ketuk2 je.
  2. panaskan minyak dalam kuali.
  3. tumiskan daun kari. kemudian masukkan rempah 4 beradik sampai naik bau.
  4. masukkan bahan kisar dan tumis sehingga agak garing.
  5. masukkan santan dan kerisik kelapa. biar mendidih.
  6. seterusnya bolehlah masukkan ikan yang kita dah siap kukus bersama lengkuas.
  7. tambah garam & asam keping. biar mereneh menggunakan api kecil.
  8. letakkan cili hijau sebelum tutup api. ini untuk memberikan lebih aroma dan rasa kuah kari yang berbeza.
  9. dah boleh dihidangkan.



campak je cili tu kat atas kuah yang sedang menggelegak.

inilah hasilnya. 

erm...tahan melihatnya tanpa mencuba? hehe..ayuh, kita cuba wat ye. pasti aroma kari terlekat di jiwa sampai esoknya.. selamat mencuba. wasalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...