Rabu, 13 Mac 2013

SUP CENDAWAN PAYUNG BLACKPEPPER hangatkan suasana di meja makan


actually, cendawan ni diberi oleh adik seroja yang bekerja di kilang sawit. musim2 hujan ni tanah jadi lembab apatah lagi pelepah2 & batang2 pokok sawit..pun terkandung lembapan yang tinggi. mulalah cendawan tumbuh..apalagi..ramailah pekerja2 kilang sawit memetik cendawan ni untuk dibawa pulang..semestinya akan diolah menjadi hidangan yang enak..

cendawan payung ni kalau kita dah petik kena masak pada hari yang sama juga..barulah dia punye rasa pun sedap, manis dan kenyal (liat2 macam gigit daging).so kalau dah hari hujan tuu..pekena sup panas memang bagus untuk menghangatkan badan. yelah..cuaca sejuk kan..maka terhasillah SUP CENDAWAN PAYUNG BLACKPEPPER ni..jom tinjau2 macam mana nak buat....

BAHAN2
  • sebungkus cendawan (ni dalam anggaran 1 kg)
  • bawang besar - 1 biji
  • bawang putih - 7 ulas
  • serbuk lada hitam 1 sudu kecil ( lau nak letak lebih pun xpe)
  • ikan bilis dah siap kopek - segenggam
  • garam 1 sudu kecil (secukup rasa. lau suka masin sikit pandai2 tambah ye..)
  • air 1 liter
  • sedikit minyak untuk menumis



CARA2
  1. siat2 cendawan ikut la saiz yang korang suka.cuci dan toskan.
  2. tumbuk ikan bilis, bawang putih dan bawang besar. satukan juga dengan serbuk lada hitam.
  3. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai naik bau atau garing sedikit pun xpe asal sahaja tak dibiar hangus ye..hehe..
  4. masukkan air & garam. biar mendidih kemudian bolehlah masukkan cendawan.
  5. renehkan sampai cendawan agak lembut  (sekitar 10 minit)  sebab cendawan payung ni agak liat. lau pakai cendawan biasa tu sekejap je (dalam 5 minit).
  6. dah siap. 




menu ini sesuai untuk hidangan bersama nasi putih atau boleh juga dimakan bersama roti. simple dan mudah kan? kan seroja dah cakap. sape kate memasak tu susah? tepuk dada selera...ada selera pastikan dapur berasap ye dengan tumisan-tumisan korang..Selamat Mencuba..Salam Manis untuk semua..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...