Selasa, 12 Mac 2013

MABONG PANGGANG BERKUAH PERCIK aromanya menggoda selera seisi rumah

wah..wah..wah...teruja sangat ye sebaik sahaja melihat tajuk yang terpapar..hmmm..seroja baru sahaja menikmati juadah ini bersama keluarga. aromanya masih lagi terbau2 kat hidung ni..seyes..sangat menyelerakan melihat anak2 makan..macammana nak makan di luar. yang terhidang dari dapur rumah kita sudahpun terbaik..yeah! caiyok..caiyok...

4 ekor ikan MABONG dah siap dibersihkan



 sapu garam sikit dan serbuk kunyit  then balut dlm aluminium foil

balut lbh kurang mcm ni ye...panggang atas kuali leper..
dalam 20 minit (10 minit setiap bahagian)

dah siap pun panggang

bahan untuk kuah percik
1- serai - 2 batang
2- bawang merah 5 ulas
3- bawang putih 3 ulas
4- halia  - 1 inci
5- halba - 15 biji
6- santan pekat yang dalm kotak tu..tambah air 1 cawan
7- garam 1/2 sudu kecil (secukup rasa)

step 2...satukan semua bahan dalam kuali..panaskan..

step 3...biar mendidih..


step 4...masukkan ikan yang kita dah panggang tadi

siap untuk hidangan seisi keluarga


dah siap...senang je kan..tepuk dada tanya selera. pokok pangkalnya pada diri kita. nak seribu daya..bila dah ada daya mesti ada usaha..dan kalau dah berusaha pasti ada jayanya...bila dah ada jaya..bolehlah kita makan bersama keluarga..sekian..salam percubaan dan ukhwah untuk semua..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...