Jumaat, 8 Mac 2013

KOBIS GORENG BERJANGGUT SOTONG pasti memukau selera


secara kebetulan hari ini seroja memasak singgang sotong (klik di sini utk resepi). dalam masakan tu seroja hanya menggunakan bahagian badan. jadi untuk melengkapkan lagi hidangan makan malam yang ringkas, seroja mulalah memotong kobis sebab dan terpandang janggut sotong yang belumpun terusik..

aha...maka terciptalah satu lagi menu ringkas buat tatapan semua. senang je nak wat. yok! kita jenguk2 resepi dari dapur seroja...



YANG KITA PERLUKAN

  • kobis - hiris2..agak2 dapat 1 mangkuk
  • bawang merah - 2 biji
  • bawang putih - 2 biji
  • lada kering 3 tangkai
  • sos tiram 2 sudu besar 
  • sedikit minyak - utk menumis
  • lada,bawang mearah & putih dh siap blend..jg janggut sotong
  • sedikit air - dlm 4 sudu besar
hiris kobis ikut saiz yg kita suka

CARA NAK MASAK
  1. bawang merah, bawang putih, dan lada kering kita blend lumat.
  2. panaskan minyak dalam kuali then tumis bahan2 yang kita dah blend tadi. masukkan sekali sos tiram.
  3. agak2 dah garing, terus masukkan janggut sotong. sebatikan dalam kuali.
  4. ok..dah boleh masukkan kobis..bubuh air sikit sebab taku kering sangat.
  5. masak lebih kurang 3 minit atau kalau nak bagi kobis layu sikit biarlah lama sikit.
  6. dah boleh angkat dan hidangkan..
tumis bhn kisar dan sos tiram



masukkan janggut sotong

masukkan kobis dan air



inilah hasil seni dari dapur seroja
 kan..mudah sangat2..x payah guna banyak bahan pun. tapi hasilnya tidak mengecewakan..pasti membuka selera kita sekeluarga. so apa lagi..jom praktis..jadikan diri kawan2 seorang masterchef di rumah sendiri..ayuh! salam ukhwah untuk semua...jumpe lagi di lain keluaran.. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...