Jumaat, 8 Mac 2013

SINGGANG SOTONG - menu ringkas tapi tetap menyelerakan



Salam wat semua rakan2..pernah mencuba makan atau masak resepi di atas? actually resepi ni pun seroja dapat daripada arwah abah seroja. Dia seorang nelayan laut dalam suatu ketika dulu, jadi selalunya bila turun ke laut dalam waktu yang agak lama. kdg2 sampai 2 minggu di tengah lautan.. jadi nak makan, mereka akan memasak di atas bot yang membawa 'awak2' (sepasukan nelayan).

diringkaskan cerita, kat tengah laut nelayan2 akan masak apa yang ada.. bahan mentah macam beras, bawang, lada kering, cili padi dan sebagainya memang dah siap2 dibeli untuk dijadikan stok & bekalan. lauk memang x perlu risau sebab mereka hari2 makan ikan fresh...fuh! memang sedap..

jadi kalau dah duk tengah2 laut tu..memang masak simple2 jelah..janji tekak boleh terima. so meh kita skodeng apa yang menarik resepi kali ni..



BAHAN2...

  • sotong - 10 ekor (sederhana besar)
  • lada merah - 1 biji 
  • bawang besar - 1 biji
  • bawang putih - 3 ulas
  • serai - 2 batang
  • garam 1/2 sudu kecil
  • air - 1 gelas


CARA2

  1. bersihkan sotong. buang tulang dan kepala.
  2.  hiris bawang besar & lada merah
  3. ketuk serai dan bawang putih
  4. satukan semua bahan dalam periuk (macam dalam gambar di bawah ni). tambah garam (secukup rasa) dan air (lau nak hirup kuah bubuh banyak sikit).















5. renehkan lebih kurang 10 minit atau sampai mendidih.
6. angkat dan hidangkan panas2.




inilah HASILNYA




amacam? simple je kan? tapi rasa dia memang sedap..sape kate memasak tu susah? ketuk2..hiris2..campak2..rebus2...dah siap..masakan ekspress (10 minit je). selamat mencuba. salam kejayaan buat semua daripada seroja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...