Jumaat, 22 Mac 2013

KARI IKAN AYE@TONGKOL - peneman setia nasi dagang mahupun nasi putih




wow!. memang memikat selera kan..kari ikan tongkol ni lau dapat makan dengan nasi dagang memang sedap. tapi lau xde nasi dagang, nasi putih pun apa kurangnya..silap haribulan ada baki kuah kari tu boleh lak kita cicah dengan lempeng buat sarapan pagi..hehe..resepi kita, cara kita nak pelbagaikan juadah dan kegunaannya kan..x gitu?

ok..kita layan resepi nak wat kari ikan tongkol ni..jom3...


 BAHAN2

  • ikan tongkol yang sudah siap dikukus
  • lada kering 7 tangkai
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 3 inci
  • lengkuas 5 inci
  • serbuk kari 2 sudu besar
  • 2 tangkai daun kari
  • santan 1 cawan
  • kerisik kelapa 2 sudu besar
  • asam gelugor 1 keping 
  • garam secukup rasa
  • rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, cengkih da buah pelaga)
  • cili besar hijau @ cili padi hijau
  • sedikit minyak untuk menumis


CARA MASAK
  1. kisar bawang putih, bawang besar, lada kering & halia. lengkuas ketuk2 je.
  2. panaskan minyak dalam kuali.
  3. tumiskan daun kari. kemudian masukkan rempah 4 beradik sampai naik bau.
  4. masukkan bahan kisar dan tumis sehingga agak garing.
  5. masukkan santan dan kerisik kelapa. biar mendidih.
  6. seterusnya bolehlah masukkan ikan yang kita dah siap kukus bersama lengkuas.
  7. tambah garam & asam keping. biar mereneh menggunakan api kecil.
  8. letakkan cili hijau sebelum tutup api. ini untuk memberikan lebih aroma dan rasa kuah kari yang berbeza.
  9. dah boleh dihidangkan.



campak je cili tu kat atas kuah yang sedang menggelegak.

inilah hasilnya. 

erm...tahan melihatnya tanpa mencuba? hehe..ayuh, kita cuba wat ye. pasti aroma kari terlekat di jiwa sampai esoknya.. selamat mencuba. wasalam..

Sabtu, 16 Mac 2013

Warna Warni Besday di Tempat kerja....


ahhaaaa....sepanjang bekerja di main office JNSB perkara inilah dilalui dalam kamus hidup seroja dan kawan2. SAMBUTAN HARIJADI SETIAP STAFF.

macam2 reaksi ada sebab ada kejutan yang memang dah terjangka iaitu bila dah tahu besday kita hari tu memang dah tau mesti setiap staff akan wat collection..jeng...jeng...jeng...kutipan adalah untuk beli kek dan semestinya Secret Recipes menjadi pilihan.

tapi ada juga yang hampa bila tiba hari lahir xde pun apa2..teruja tunggu sampai petang..huhu sampai habis opis hour pulang dengan wajah hampa..kenapa?? haha..saje diorang ni nak wat suprise keesokan harinya..okla tu kan..

yang paling best bila dapat sponsor yang banyak terutama daripada manager2..erm..fastfood pasti jadi hidangan petang..mana x bulat masing2...kembang setaman tapi tetap maintain cute..

memori ni pasti diabadikan...kenangan terindah dalam hidupku... klik...klik...klik...







huhu..maaf...ramai lagi x sempat nak post gambar besday sebab xde yang update and share foto kat seroja..sorry again...wassalam..
^_^ end ^_^

Rabu, 13 Mac 2013

PUDING ROTI VANILLA COKLAT LAYER @ MARBLE sweet sesangat...



dah macam drama tv pulak ye nama resepi kali ni..hehe..ni resepi paling mudah untuk rakan2 cuba. bahan2 pun tak susah nak cari. diringkaskan cerita, meh kita jengok2 resepinya...


- seroja guna agar2 serbuk dalam peket kecil ni
- blend roti potong tu 2 keping dgn 1 liter air
- masukkan dalam periuk bersama dengan agar-agar serbuk & 1/2 cawan gula
- panaskan atas dapur



- bila dah mendidih bahagi kepada 2 bekas.
- satu bekas tamabah 5 sudu milo. sebatikan
-satu bekas yang lain tambah pewarna kuning dan esen vanilla 1/2 sudu teh.

- mula2 bubuh adunan warna coklat sikit. agak2 manutupi loyang. simpan tempat sejuk beku 30 saat. keluarkan.

- tambah pula lapisan kuning di atasnya. masukkan lagi dalam tempat peti ais. keluarkan lepas 30 saat.
- ulang langkah seterusnya berselang-seli ikut citarasa. terpulang kepada korang nak marblekan @layerkan macam seroja buat ni.
- dah siap semua, sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.



macam nilah rupa bentuknya. sedap dimakan sejuk2 sebagai pencuci mulut lepas makan nasi. korang cuba ye. Salam Cuba-Cuba dari seroja untuk semua. Wasalam..

TELUR DADAR BEREMPAH penambat selera


TELUR DADAR??? haa...jangan tak tau..ada juga di kalangan kita yang x tahu pun macam mana nak goreng telur..ok..di sini seroja share sikit pengetahuan yang mungkin berguna untuk dapur kita. ini menu sampingan yang tak kurang hebatnya jika kita pandai mengolah rasanya...

BAHAN2

  • telur ayam gred A - 2 biji
  • lada kering 2 tangkai
  • bawang merah 2 ulas
  • bawang putih 2 ulas
  • kicap manis 1 sudu besar
  • mayonis - 1 sudu besar
  • garam 1/2 sudu kecil ( kalau kurang lebih baik)


CARA2


- bawang putih, bawang merah & lada tumbuk @ blend
- satukan semua bahan dalam mangkuk macam dalam gambar
- pukul dengan garpu



- masukkan terlur yang sudah dipukul dalam kuali yang telah pun dipanaskan minyak.
- tutup sebentar untuk mempercepatkan telur masak bahgian atas
- terbalikkan dengan berhati-hati. tekan sikit bahagian atas dengan sudip supaya bahagian tengah pun masak.


cepat je dah siap untuk disajikan kepada diri sendiri, keluarga mahupun tetamu..senang tak? ye..sangat-sangat mudah..Selamat Mencuba...




SUP CENDAWAN PAYUNG BLACKPEPPER hangatkan suasana di meja makan


actually, cendawan ni diberi oleh adik seroja yang bekerja di kilang sawit. musim2 hujan ni tanah jadi lembab apatah lagi pelepah2 & batang2 pokok sawit..pun terkandung lembapan yang tinggi. mulalah cendawan tumbuh..apalagi..ramailah pekerja2 kilang sawit memetik cendawan ni untuk dibawa pulang..semestinya akan diolah menjadi hidangan yang enak..

cendawan payung ni kalau kita dah petik kena masak pada hari yang sama juga..barulah dia punye rasa pun sedap, manis dan kenyal (liat2 macam gigit daging).so kalau dah hari hujan tuu..pekena sup panas memang bagus untuk menghangatkan badan. yelah..cuaca sejuk kan..maka terhasillah SUP CENDAWAN PAYUNG BLACKPEPPER ni..jom tinjau2 macam mana nak buat....

BAHAN2
  • sebungkus cendawan (ni dalam anggaran 1 kg)
  • bawang besar - 1 biji
  • bawang putih - 7 ulas
  • serbuk lada hitam 1 sudu kecil ( lau nak letak lebih pun xpe)
  • ikan bilis dah siap kopek - segenggam
  • garam 1 sudu kecil (secukup rasa. lau suka masin sikit pandai2 tambah ye..)
  • air 1 liter
  • sedikit minyak untuk menumis



CARA2
  1. siat2 cendawan ikut la saiz yang korang suka.cuci dan toskan.
  2. tumbuk ikan bilis, bawang putih dan bawang besar. satukan juga dengan serbuk lada hitam.
  3. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai naik bau atau garing sedikit pun xpe asal sahaja tak dibiar hangus ye..hehe..
  4. masukkan air & garam. biar mendidih kemudian bolehlah masukkan cendawan.
  5. renehkan sampai cendawan agak lembut  (sekitar 10 minit)  sebab cendawan payung ni agak liat. lau pakai cendawan biasa tu sekejap je (dalam 5 minit).
  6. dah siap. 




menu ini sesuai untuk hidangan bersama nasi putih atau boleh juga dimakan bersama roti. simple dan mudah kan? kan seroja dah cakap. sape kate memasak tu susah? tepuk dada selera...ada selera pastikan dapur berasap ye dengan tumisan-tumisan korang..Selamat Mencuba..Salam Manis untuk semua..





Selasa, 12 Mac 2013

MABONG PANGGANG BERKUAH PERCIK aromanya menggoda selera seisi rumah

wah..wah..wah...teruja sangat ye sebaik sahaja melihat tajuk yang terpapar..hmmm..seroja baru sahaja menikmati juadah ini bersama keluarga. aromanya masih lagi terbau2 kat hidung ni..seyes..sangat menyelerakan melihat anak2 makan..macammana nak makan di luar. yang terhidang dari dapur rumah kita sudahpun terbaik..yeah! caiyok..caiyok...

4 ekor ikan MABONG dah siap dibersihkan



 sapu garam sikit dan serbuk kunyit  then balut dlm aluminium foil

balut lbh kurang mcm ni ye...panggang atas kuali leper..
dalam 20 minit (10 minit setiap bahagian)

dah siap pun panggang

bahan untuk kuah percik
1- serai - 2 batang
2- bawang merah 5 ulas
3- bawang putih 3 ulas
4- halia  - 1 inci
5- halba - 15 biji
6- santan pekat yang dalm kotak tu..tambah air 1 cawan
7- garam 1/2 sudu kecil (secukup rasa)

step 2...satukan semua bahan dalam kuali..panaskan..

step 3...biar mendidih..


step 4...masukkan ikan yang kita dah panggang tadi

siap untuk hidangan seisi keluarga


dah siap...senang je kan..tepuk dada tanya selera. pokok pangkalnya pada diri kita. nak seribu daya..bila dah ada daya mesti ada usaha..dan kalau dah berusaha pasti ada jayanya...bila dah ada jaya..bolehlah kita makan bersama keluarga..sekian..salam percubaan dan ukhwah untuk semua..


IKANG AYE @ IKAN TONGKOL GORENG BERLADA pelengkap hidangan keluarga




bila tiba hujung minggu, seperti sudah terbiasa dengan menghadirkan diri ke majlis2 walimatul urus. dan paling biasa juga lauk pauk yang dihidangkan untuk para tetamu adalah ayam & daging..huhu...kadang2 naik jemu pula.

so bila tiba hari bekerja, bila terpandang ayam atau daging..selera jadi terbantut pula...hehe..jadi, jangan bantutkan selera rakan2 ataupun orang tersayang ye..meh kita pancing ikan di pasar..



entry kali ni, seroja nak share satu lagi resepi yang simple.. "IKAN TONGKOL GORENG BERLADA". erm..lau kat kampung seroja (ganu) ikan ni kami panggil ikan 'aye'. memang ikan ni paling glamer kat sane sebab di terengganu memang terkenal dengan nasi dagang dan lauknya pastinya bertemankan kari ikan aye@tongkol. seroja akan kongsikan resepinya untuk entry akan datang. tunggu ye...
wokeh..kita terus je kepada persediaan nak wat menu kita kali ni..jom3x survey..

BAHAN2
  • 4 keping isi ikan aye@tongkol
  • lada kering 2 tangkai
  • kunyit debu@serbuk 1 sudu kecil
  • garam 1/2 sudu kecil
  • bawang putih 2 ulas
  • bawang merah 3 ulas

BERSIHKAN IKAN.  AMBIL 2 KEPING ISI IKAN











BUBUH BUMBU/BAHAN KISAR

CARA BUAT...
  1. bersihkan ikan dan toskan.
  2. kisar@tumbuk  lada kering, bawang merah dan bawang putih.
  3. satukan semua bahan dan sebatikan dengan ikan. perap sekejap..dalam 5-10 minit.

PERAP 5 MINIT
4. lepas perap, panaskan minyak dalam kuali dan mula menggoreng ikan. goreng sampai ikan masak ye..tapi jangan terlalu garing pula..kang keras sangat dan rasa manis ikan hilang pula.
GORENG DGN API SEDERHANA.
GELAP DAN KABUR SIKIT GAMBAR SEBAB
NAK SNAP MINYAK PANAS TGH TERPERCIK2..
HEHE..GABRA JUGAK.. ^_^

ahaaa...beginila rupanya..perlu diingat ye, rasanya memang sedap. anda cuba dan rasainya sendiri..seroja harap rakan2 dan pembaca dapat  satu lagi manfaat ilmu dan perkongsian dari dapur seroja. terima kasih kerana sudi singgah2 di sini... jumpa lagi ye..

MCM NI LA RUPANYE..
X PYH HIAS PUN SBB PINGGAN DAH ADA BUNGA..HEHE..



Isnin, 11 Mac 2013

VANILLA MARBLE CHEESE CAKE

salam ceria buat semua rakan-rakan. seroja dah lama jugak x buat kuih untuk santapan di petang hari minggu . maklumlah sibuk sangat2 dengan jemputan di majlis2 kahwin. so, hari minggu yang lepas macam ada free time sikit, maka terhasillah "Vanilla Marble Cheese Cake".

jom2..kita tengok apa cerita disebalik namanya..check it out!





BAHAN2NYA
  • susu segar 1 cawan (rujuk gambar 1)
  • 4 keping slice cheese - siat2 jadikan kecil2 (mcm dlm gambar 2)
  • 4 biji telur gred A (asingkan putih & kuning - rujuk gambar 6 & 7)
  • gula kasar ( 3/4 cawan (rujuk gambar 8)
  • tepung berserbuk penaik jenama BLUEKEY - 1 cawan
  • buttercup 250gm (potong - ambil 1/3 sahaja) - rujuk gambar 2
  • loyang 20 cm 

persediaan BUTTER..
  1. siat2 slice cheese
  2. masukkan susu dan slice cheese dalam periuk & panaskan atas dapur. guna api kecil (rujuk gmbr 3).
  3. bila cheese dah mula cair, masukkan butter (rujuk gmbr 4) dan biarkan cair juga.. sejukkan.

 CARA NAK BUAT


  1. asingkan telur putih & kuning dlm bekas berasingan (lihat gambar 6 & 7)
  2. sediakan gula kasar je 3/4 cawan (lihat gambar 8)
  3. masukkan gula dalam putih telur dan putar sampai ringan ( dia akan jadi putih gebu gitu)
  4. seterusnya dlm bekas berasingan putar pula kuning telur sampai agak kembang. (dalam gambar 12, seroja sengaja pakai pemukul telur tradisional. nak exercise sikit..hehe)
  5. campurkan adunan butter dan putar lagi. sudukan tepung sedikit demi sedikit sampai tepung dlm cawan habis. siap mcm dalam gambar 14.
  6. then, bolehlah satukan bahan antara kedua-dua bekas. guna kaedah kaup balik pakai senduk kayu. sebatikan. campuran adunan kita bahagi 2 ye sebelum kita bubuh pewarna..dalam gambar 16 & 17 seroja buat warna kuning & biru..
  7. erm..proses ni yang seronok..sapukan marjerin kat sekeliling dlm loyang. pastu korang marblekanlah adunan ni ikut citarasa dan kreativiti sendiri. gambar 18 & 19 tuu..leh rujuk sebagai contoh je..
  8. bila dah siap, bolehlah dibakar dalam oven. guna suhu sekitar 170 darjah celcius. bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek masak (cuba cucuk dengan lidi sate..lau dah xde kesan tepung melekat, maknanya dah masak la tuu..
  9. sejukkan sebelum dihidangkan bersama minuman kegemaran anda..tapi lau nk makan panas2 pun ok..hehe..tetap mabeles dan nikmat..dari dapur kita kann...




dah pun siap..kejap je kan..


Inilah hasilnya..walaupun main potong sembarang je tapi dari segi rasa memang tidak mengecewakan..


cuba2 wat ye kawan2..jumpa lagi..peace ^_^



Jumaat, 8 Mac 2013

KOBIS GORENG BERJANGGUT SOTONG pasti memukau selera


secara kebetulan hari ini seroja memasak singgang sotong (klik di sini utk resepi). dalam masakan tu seroja hanya menggunakan bahagian badan. jadi untuk melengkapkan lagi hidangan makan malam yang ringkas, seroja mulalah memotong kobis sebab dan terpandang janggut sotong yang belumpun terusik..

aha...maka terciptalah satu lagi menu ringkas buat tatapan semua. senang je nak wat. yok! kita jenguk2 resepi dari dapur seroja...



YANG KITA PERLUKAN

  • kobis - hiris2..agak2 dapat 1 mangkuk
  • bawang merah - 2 biji
  • bawang putih - 2 biji
  • lada kering 3 tangkai
  • sos tiram 2 sudu besar 
  • sedikit minyak - utk menumis
  • lada,bawang mearah & putih dh siap blend..jg janggut sotong
  • sedikit air - dlm 4 sudu besar
hiris kobis ikut saiz yg kita suka

CARA NAK MASAK
  1. bawang merah, bawang putih, dan lada kering kita blend lumat.
  2. panaskan minyak dalam kuali then tumis bahan2 yang kita dah blend tadi. masukkan sekali sos tiram.
  3. agak2 dah garing, terus masukkan janggut sotong. sebatikan dalam kuali.
  4. ok..dah boleh masukkan kobis..bubuh air sikit sebab taku kering sangat.
  5. masak lebih kurang 3 minit atau kalau nak bagi kobis layu sikit biarlah lama sikit.
  6. dah boleh angkat dan hidangkan..
tumis bhn kisar dan sos tiram



masukkan janggut sotong

masukkan kobis dan air



inilah hasil seni dari dapur seroja
 kan..mudah sangat2..x payah guna banyak bahan pun. tapi hasilnya tidak mengecewakan..pasti membuka selera kita sekeluarga. so apa lagi..jom praktis..jadikan diri kawan2 seorang masterchef di rumah sendiri..ayuh! salam ukhwah untuk semua...jumpe lagi di lain keluaran.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...