Isnin, 1 April 2013

AYAM MASAK ASAM PEDAS BUNGA KANTAN pasti memikat selera

atually, menu ni hampir sama dengan cara masak asam pedas yang lain. cuma kelainannya di sini adalah seroja tambahkan kelopak2 bunga kantan untuk menambahkan lagi aroma dan rasa... yummy..serius.. memang  tak rugi mencuba resepi yang asal boleh je dicampak-campak ni.. meh tinjau2 ...




yang kita perlukan

  • isi ayam 4 ketul - bersihkan dan toskan
  • lada kering 7 tangkai - potong dan rebus dahulu
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 2 inci
  • garam 1 sudu kecil
  • asam gelugor/ asam keping - 1 sudah memadai
  • air 1 cawan
  • 4 tangkai daun kesum - nak lebih lagi pun boleh
  • 5 kelopak bunga kantan (bahan wajib-boleh juga dihiris halus)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • serbuk perasa jika suka boleh tambah




ni antara bahan utama dalam masakan ni

berikut adalah cara2 nak masak..check it out!

- tumis bahan kisar
- setelah naik bau dan agak garing, masukkan secawan air

masukkan ayam, daun kesom, kelopak bunga kantan, asam keping dan garam 


dah siap. simple je tapi tetap memikat selera. don't worry! resepi2 yang seroja paparkan sememangnya mudah dan senang nak cari bahan2nya..dan seroja yakin sesangat..kalau ada dikalangan pembaca yang x pandai masak pun akan lebih 'terer' nanti kalau rajin & bersungguh2 mencuba resepi2 mudah ini..selamat berjaya di dapur ye...Wasalam... 
inilah hasilnya





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...