Khamis, 9 Mei 2013

Acar Buah @ Acar Tahun - pelengkap santapan raja sehari juga sajian di dapur


Tak lama lagi cuti sekolah..huhu..confirm ramai yang akan dapat kad undangan perkahwinan..biasalah..time cuti sekolah ni familiar orang wat kerja kawen kan...Seroja tertarik untuk berkongsi satu resepi yang memang biasa ada di meja hidangan kenduri ni sebagai penambah rasa dan selera atau pelengkap kepada juadah raja sehari. Jom tinjau...

ANTARA ASAM YANG KITA PERLUKAN
1- KISMIS 2 KOTAK KECIL
2- PLUM
3- BUAH BOY STRAWBERRY
4- ASAM MASIN PUTIH
5- ASAM KULIT LIMAU
6-ASAM MERAH

CAMPURKAN SEMUA ASAM DALAM SATU BEKAS

- SEDIAKAN KURMA 20 BIJI
- CAMPURKAN DENGAN SECAWAN AIR DAN BLEND SUPAYA MENJADI PES KURMA.


- SEDIAKAN REMPAH TUMIS (BUNGA LAWANG DAN KAYU MANIS)
- PANASKAN MINYAK DALAM KUALI
- TUMISKAN REMPAH TUMIS SAMPAI NAIK BAU


- MASUKKAN BAHAN KISAR ( BAWANG BESAR 2 BIJI +  BAWANG PUTIH 5 ULAS)
- TUMIS BAWANG SAMPAI NAIK BAU
- MASUKKAN PES KURMA
- MASUKKAN PULA 2 SUDU LADA GILING



- KACAU DAN SEBATIKAN SEMUA BAHAN
- MASUKKAN CAMPURAN ASAM
- BIAR SEMUA BAHAN MERENEH SEKEJAP DALAM 15 MINIT @ SEHINGGA MASAKAN NAMPAK AGAK KERING


SIAP UNTUK HIDANGAN

Jangan lupa mencuba. Nanti  time nak wat kenduri atau majlis-majlis tertentu kat umah dah boleh wat sendiri..hehe..Harap ada manfaatnya...Salam Mesra untuk semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...