Jumaat, 24 Mei 2013

SAMBAL SOTONG JARUM ALA SEROJA - tetap memikat selera..



Sementara mununggu teman membeli juadah makan di tengahari, sempat lagi Seroja meninjau sekitar pasar basah tempat peniaga-peniaga menjual makanan laut dan darat..dan tumpuan masa tu adalah ke arah sotong jarum yang nampak sungguh segar...

huhu...tak membuang masa..dapat juga cekop 10 ekor sotong Jarum..agak2 dekat 1 kg...dah terbayang..sedapnya lau wat sambal...ish! tetiba lapar kan...so bila balik dari kerja terhasillah menu Sambal Sotong Jarum Ala Seroja...jangan leceh...meh tinjau ...


1- sediakan 10 ekor sotong jarum sederhana besar..bersihkan dan toskan...
2- panaskan minyak dalam kuali...

3- masukkan bahan kisar (bawang  besar 1 biji, bawang putih 3 ulas & halia 1 inci). tumis sampai naik bau..
4- then, tambah pula 3-4 sudu besar cili giling/kisar

5- tambahkan 1 sudu besar gula
6- diikuti garam 1/2 sudu kecil
7- dan...sedikit serbuk perisa

8- bila tumisan dah agak nampak garing dan kering, masukkan sotong yang dah ditoskan tadi..
9- kaup balik sotong dalam kuali dengan sudip supaya sambal merata dengan sotong...

10- masukkan 1 keping asam keping then tutup kuali seketika dalam 5 minit
11- buka balik penutup dan kelihatan air dari sotong dah keluar...

12- masak sampai sambal kelihatan agak pekat..tapi kalau korang rasa nak berkuah sedikit..tak perlu laa tunggu lama untuk tutup api...cuma kuah akan cair..






'coba kau coba' ibarat lagu Faizal Tahir..hehe...so try it! simple and easy to cook...Jumpa lagi di lain entry...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...