Bila buka peti ais, tepandang sotong kembang/sotong rendam yang masih ada dalam stok..So, disebabkan malas dah nak pi kedai..Seroja masak je stok yang masih berbaki di rumah..Erm..bila dah rendam untuk melembutkan sotong yang dah sedia keras membeku tuu..terfikir pulak..Nak masak apa ek? Adusss...
Nak wat goreng kunyit macam tak sesuai sebab sotong ni sedikit liat. bila terlintas nak wat sambal, Ishh...dah selalu sangat wat sambal..Jemu jugak...dalam duk melayang-layang fikiran tuu..terpandang pula stok rempah kari ikan yang masih ada 1 bungkus kat rumah..erm..Cuba Jaya je..lau dah berkuah nanti baru tau rasa dia kan..So bermulalah aktiviti mengeksploitasi Si Sotong ni untuk hidangan..Dah selamat kena telan pun..hehe...Seroja kongsikan apa yang dah Seroja wat kat Sotong tuu..Meh tinjau....
- sediakan 2 ekor sotong kembang/rendam. potong ikut suka..
- panaskan minyak dalam kuali. then, tumiskan 2 tangkai daun kari. (ooooppppssss...kuali berkerak pulak bekas wat masak rendang..x sempat sental coz tak jumpa pulak cari gosok periuk..aduss..pindah rumah, nilah penangan..banyaklagi barang-barang tak berkemas..)
- masukkan 2 sudu bahan kisar (ready homemade bahan kisar). then masukkan pula serbuk kari. Seroja pakai serbuk kari ikan..sebab tinggal tu je stok yang ada kat umah..So, kuah kari akan kelihatan agak cair sedikit berbanding jika kita guna rempah kari ayam/daging..Yang terbaik setakat yang seroja pernah cuba adalah Rempah Kari Allagapas & Raja's.
- tambahkan santan kotak..separuh je..
- garam bubuh 1 sudu kecil
- serbuk perisa bubuh sikit (pilihan samada nak letak @ tidak)
- masukkan sotong yang dah siap dipotong, dibersihkan dan ditoskan..
- biar mereneh seketika.kelihatan kuah akan bertambah sebab air dari sotong keluar dan sotong akan sedikit mengecut..
- barulah masukkan 1 keping asam gelugor
- tambah 3-4 titis minyak bijan untuk kelainan rasa dan aroma
- sediakan kerisik kelapa (kalau ada)
- letak 1 sudu dalam kuah kari tuu..(tapi kerisik Seroja keras sebab duduk dalam peti ais..so, Seroja letak seketul..agak-agak dah sebati, bolelah tutup api.
Nilah rupa kari sotong yang Seroja buat tuu..Apa rasanya? Korang cuba baru tau rasa..hehe..Yang boleh Seroja cakap...bila dihidangkan sekali jalan je menikmati juadah ni dengan nasi bertemankan ikan kering goreng...peerrrgghh..memang syokkk oooo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan