Khamis, 23 Mei 2013

NASI GORENG KAMPUNG simple, pedas dan menyelerakan...


sekali pandang jam baru pukul 6.45 minit pagi...Seroja dah siap-siap nak pi keje..tapi macam awal sangat nak pi keje..jengok kat dapur ada nasi sejuk semalam...erm..buang masa jap kat dapur ok jugak ni...

So bermulalah episod, ketuk2 kat dapur...ni cara nak sediakan nasi goreng kampung ekspress Versi Seroja...Check it Out!


1- sediakan 7 biji cilipadi, 3 biji bawang merah, dan 3 ulas bawang putih. tumbuk  (tak perlu lumat sangat)

2- panaskan minyak dalam kuali dan goreng segenggam ikan bilis..

3- ketepikan ikan bilis...Seroja tenggek je ikan bilis tu kat tepi kuali sebab  dia akan statik kat situ  walaupun  proses menumis bahan tumbuk dah bermula..so, tumislah bawang & lada sampai naik bau ye..bukan naik hangit..hehe...masa ni dah boleh tambah 1 sudu teh garam & sedikit serbuk perasa..

4- next masukkan pula 3 cawan nasi yang dah direlai dalam tumisan kita tadi..kaup balik dan gaul rata nasi, ikan bilis dan tumisan tuu sampai rata...masukkan sebiji telur dan gaul lagi...(sorry, Seroja x sempat nak tangkap gambar masa letak telur tu..sebab ianya berlaku sangat pantas..x dan nak pegang kamera...hehe)

dah siap untuk hidangan

resepi ni simple dan mudah jer..sesuai sangat untuk orang bujang atau sesiapa sahaja..main campak2 je seme bahan..dah dapat hasil yang memuaskan...Silakan mencuba ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...