Isnin, 6 Mei 2013

BISKUT BATIK ALA TOMEY2



BISKUT BATIK..memang menjadi kesukaan anak2 Seroja..pantang lalu kat sekitar bazar atau pasar malam mesti nak beli..ish..ish..ish.. akhirnya Seroja akur melakukan aktiviti membuat sendiri biskut batik ni...dan hasilnya....alhamdulillah...diorang dapat makan dan ilmu membuat biskut batik sekali..

jom kita selidik aktiviti anak seroja membuat biskut batik di dapur...

1- TUANGKAN 1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS
2- MASUKKAN 1 CAWAN AIR
3- KACAU & PANASKAN  BANCUHAN SUSU



4- TAMBAH 3-5 SUDU BESAR MILO (LAU NAK BAGI KALER PEKAT SIKIT BOLEH TAMBAH SERBUK KOKO 2 SUDU). TAPI SEROJA X LETAK PUN SERBUK KOKO.
5- KACAU  LAGI SAMPAI MILO LARUT

6- MASUKKAN PLANTA/ MARJERIN DALAM 2 SUDU BESAR...HEHE..SEROJA MAIN BUBUH JE..
7- KACAU LAGI SAMPAI PLANTA MENCAIR DAN LARUT


8- SEDIAKAN SEBUNGKUS BISKUT MARIE
9- PATAH2KAN DENGAN PANTAS DALAM ADUNAN MILO.
10- GAUL RATA. TUTUP API.

OK...BOLEH POSING DULU UNTUK HILANGKAN PENAT...


11- SEDIAKAN LOYANG YANG DAH DISAPU DENGAN PLANTA
12- BUBUH ADUNAN BISKUT DALAM LOYANG
13- RATAKAN PAKAI SUDU


14- TARAAA....DAH SIAP..BOLEHLAH SIMPAN DALAM PETI SEJUK  SELAMA 2 -3 JAM BARU BOLEH KELUARKAN UNTUK DIPOTONG.



senang jer kan? anak seroja pun yang berusia 8 tahun pun boleh buat..apa saudara2 sekelian...yang penting kemahuan nak buat tu kuat kan..hehe...Jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...