Jumaat, 31 Mei 2013

MEE REBUS terengganu style versi Seroja





Sekarang ni hujan x menentu. Musim-musim hujan macam ni pulak cuaca sejuk je..hidung asik tersumbat dan  mulalah soksek-soksek..grrrr...selsema melanda..nak makan pun xde selera...Kesian pula tengok reaksi anak-anak.

So untuk membangkit selera yang hampir hilang, Seroja gagahkan diri wat mee rebus style terengganu sebab menu ni memang guna banyak blackpepper..Nak kasi panas badan...Cara orang kita... ermm..nak tau macam mana..meh kita jengok dapur Seroja...


- sediakan isi kerang
- tumbuk (bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas & halia 2 inci)

- potong 2-3 pokok sayur sawi. asingkan batang dan daun..


- panaskan minyak dalam periuk
- tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau



- tambahkan serbuk lada hitam..(Anggaran 2 sudu kecil..lau nak lebih lagi sedap)
- masukkan air 2 liter
 

- masukkan isi kerang
- bubuh pula batang sawi

- tambahkan garam 2 sudu kecil
then, boleh tambah serbuk perisa..sikit je..wat syarat, tapi lau x nak letak pun takpe

- biarkan mereneh sampai kuah menggelegak
- masukkan daun sawi pula

- biarkan kuah mereneh sampai sawi kelihatan agak layu sedikit..tutup api...

siap

Amacam??? kecur x? erm..memang sedap..lagi makan waktu cuaca sejuk dan paling baik bila demam @ selsema melanda..cepat je kebah..mujarab sungguh  rempah ratus yang bernama lada hitam ni...Korang cubalah ye..

Khamis, 30 Mei 2013

KARI SOTONG ringkas tapi selera tetap tertambat



Bila buka peti ais, tepandang sotong kembang/sotong rendam yang masih ada dalam stok..So, disebabkan malas dah nak pi kedai..Seroja masak je stok yang masih berbaki di rumah..Erm..bila dah rendam untuk melembutkan sotong yang dah sedia keras membeku tuu..terfikir pulak..Nak masak apa ek? Adusss...

Nak wat goreng kunyit macam tak sesuai sebab sotong ni sedikit liat. bila terlintas nak wat sambal, Ishh...dah selalu sangat wat sambal..Jemu jugak...dalam duk melayang-layang fikiran tuu..terpandang pula stok  rempah kari ikan yang masih ada 1 bungkus kat rumah..erm..Cuba Jaya je..lau dah berkuah nanti baru tau rasa dia kan..So bermulalah aktiviti mengeksploitasi Si Sotong ni untuk hidangan..Dah selamat kena telan pun..hehe...Seroja kongsikan apa yang dah Seroja wat kat Sotong tuu..Meh tinjau....



  • sediakan 2 ekor sotong kembang/rendam. potong ikut suka..




  • panaskan minyak dalam kuali. then, tumiskan 2 tangkai daun kari. (ooooppppssss...kuali berkerak pulak bekas wat masak rendang..x sempat sental coz tak jumpa pulak cari gosok periuk..aduss..pindah rumah, nilah penangan..banyaklagi barang-barang tak berkemas..)



  • masukkan 2 sudu bahan kisar (ready homemade bahan kisar). then masukkan pula serbuk kari. Seroja pakai serbuk kari ikan..sebab tinggal tu je stok yang ada kat umah..So, kuah kari akan kelihatan agak cair sedikit berbanding jika kita guna rempah kari ayam/daging..Yang terbaik setakat yang seroja pernah cuba adalah Rempah Kari Allagapas & Raja's.



  • tambahkan santan kotak..separuh je..
  • garam bubuh 1 sudu kecil
  • serbuk perisa bubuh sikit (pilihan samada nak letak @ tidak)



  • masukkan sotong yang dah siap dipotong, dibersihkan dan ditoskan..
  • biar mereneh seketika.kelihatan kuah akan bertambah sebab air dari sotong keluar dan sotong akan sedikit mengecut..




  • barulah masukkan 1 keping asam gelugor
  • tambah 3-4 titis minyak bijan untuk kelainan rasa dan aroma





  • sediakan kerisik kelapa (kalau ada)
  • letak 1 sudu dalam kuah kari tuu..(tapi kerisik Seroja keras sebab duduk dalam peti ais..so, Seroja letak seketul..agak-agak dah sebati, bolelah tutup api.



Nilah rupa kari sotong yang Seroja buat tuu..Apa rasanya? Korang cuba baru tau rasa..hehe..Yang boleh Seroja cakap...bila dihidangkan sekali jalan je menikmati juadah ni dengan nasi bertemankan ikan kering goreng...peerrrgghh..memang syokkk oooo...


Rabu, 29 Mei 2013

LAKSAM versi SEROJA




LAKSAM...erm..korang pernah makan tak? Makanan ni berasal dari pantai timur (Terengganu)..Ramai yang minat makan sebab rasanya sedap tapi tak tahu macam mana nak buat...kat sini Seroja share kan cara nak wat Laksam ni..tapi maaf ye..kuahnya Seroja tak sempat ambil gambar..mungkin next entry baru Seroja postkan resepi kuah..Check it Out! 


ini adalah adunan Laksam...(1 peket tepung beras cap teratai, air sejuk 1000 liter & air panas 500 liter..)
korang campurkan tepung beras dengan air sejuk dan kacau sebati dalam bekas. bila dah sebati baru bubuh air panas. kacau rata. nak tau adunan korang elok ke tak senang jer...bila korang sendukkan sebatian ni ianya x pekat dan x lekat langsung kat senduk..pendek kata ia cair sangat-sangat ler... setiap kali nak ulang proses mengukus perlu dikacau sentiasa...



selain tu korang perlukan sekurang-kurangnya 3 tutup periuk yang dah disapu dengan minyak masak..panaskan pengukus. bila dah naik wap, letak tutup periuk yang dah disapu minyak tadi. curahkan 2 senduk adunan tepung beras. Seroja guna jug kecil supaya senang nak mencurah..Anggaran, agak memenuhi ruang atas tutup periuk tuu... 


then tutup pengukus. kukus la adunan tuu dalam 3 minit atau sehingga naik wap..nak tau masak atau tak adunan kita tu? erm...pastikan ada bahagian yang agak menggelembung sedikit. ketepikan dulu..dirikan dan sandar jer kat bekas lain untuk toskan wap...ambil tudung periuk lain yang dah disapu minyak jugak, ulang lagi menuang adunan laksam ke atas tudung periuk tu...


Sementara menunggu giliran yang ke-3 masak, korang dah boleh ambil Laksam yang dah masak mula-mula tadi. pakai belakang sudu untuk membuka rongga disekeliling Laksam kat tudung periuk.. dan mula tolak sedikit demi sedikit dengan tangkai sudu tu sampai separuh macam dalam gambar...



Ini proses akhir.. sediakan dulang. Laksam yang dah separuh tergulung tu terus dicurahkan atas dulang..ia akan tergulung dan jatuh sendiri atas dulang sebab dah licin..kita kan dah sapu minyak..Ulang ler semua langkah sampai adunan habis..adunan ni boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 18- 20 batang Laksam bergantung kepada saiz tudung periuk korang.

Selamat Mencuba ... ^_^

Selasa, 28 Mei 2013

STOK LADA & BAWANG KISAR HOMEMADE




Seroja selalu terdengar keluhan rakan-rakan bila bersungut bab nak memasak ni..ada yang alah dengan bawang sampai berair mata time mengopeknya....ada juga yang asik bersin je bila mengelola lada kering di dapur...adatlah tu..alah bisa tegal biasa...

Di sini Seroja nak share sikit lagi ilmu yang sememangnya berguna untuk semua..kita cuba wat stok lada & bawang kisar homemade yang ready digunakan bila diperlukan..bukan sekadar menjimatkan masa tapi juga menjarakkan kita daripada terpaksa berhadapan dengan tugas mengupas kulit bawang setiap hari...hehe..hidung x bersin hari2 bila potong lada kering, mata tak pedih hari2 bila kupas bawang...yang ada hanyalah bau tumisan untuk mulakan masakan...jom tinjau-tinjau..

1- sediakan  20 tangkai lada kering. kerat-kerat dengan gunting.
2- sediakan 2 biji bawang besar & 1 labu bawang putih

3- masukkan lada kering yang dah dikerat tadi dalam periuk.  bubuh air menutupi paras lada..
4- rebus lada kering sampai menggelegak dan berbuih..tutup api dan biar 5-10 minit..(Seroja wat macam ni sebab nak bagi lada kembang dan lembut)

5- basuh lada yang dah kembang tu ye..pastikan kalau tangan korang x tahan pijar lada tuu, sapu dulu tangan korang dengan garam sebelum aktiviti meramas lada..(tujuan ramasan adalah supaya biji-biji lada keluar)
6- bilas dan toskan 

7- bawang tadi kita kupas, cuci dan belah-belah yer..
8- masukkan terus dalam blender..campurkan air (sukatan air adalah separuh dari ukuran bahan dalan blender)

9- blend semua bahan sampai lumat

10- dah boleh tuang dalam bekas
11- 1 adunan ni menghasilkan 1 mangkuk stok kisar yang ready untuk digunakan sebagai tumisan  bagi masakan  asam pedas, kari, nasi goreng, sambal (ikan,udang,ayam,sotong,daging dll)

bagi adunan sebanyak ni Seroja boleh guna untuk 3 atau jenis masakan..so utk orang bujang atau keluarga kecil boleh  masak terus lau dah simpan stok macam ni dalam peti ais..tinggal tumis je..mudah bukan? jimat masa

sedia untuk ditumis/ disimpan sebagai stok
Stok lada homemade ni ready untuk digunakan bila-bila masa. Boleh tahan sampai sebulan dalam peti ais kalau tak digunakan..tapi lau dah wat stok readymade  macam ni takkan korang tak nak masak kan...erm..so...dapur, masa dan masakan  kita yang tentukan..Salam Mesra untuk Semua..Jumpa lagi dilain entry...

Isnin, 27 Mei 2013

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK




Actually, dah lama jugak ada request daripada seorang teman mintak Seroja 'post'kan kat entry menu Jantung Pisang ni..tapi tidak berkesempatan. Secara kebetulan masa pergi jalan-jalan ke rumah adik di Air Papan Mersing, terpandang pula 2 biji jantung pisang yang baru dipetik..apo laie...Seroja mintak sebutir sebab adik Seroja yang sorang lagi ada balik ke kampung..cuti semester...teringin pulak dia nak makan Jantung Pisang Masak Lemak ni...jadi ngam pulak dengan permintaan teman hari tu..

Untuk tidak mengecewakan, Seroja tunaikan permintaan..2 in 1 terkabul..Alhamdulillah..Adik dapat makan dan teman pun dapat gambaran macam mana nak masak lemak jantung pisang ni..tradisi masakan kampung yang simple namun sukar dilupakan...hebat penangan kannn...jom survey...


1- sediakan 1 biji jantung pisang
2- potong membulat


3- rebus/celur sekejap untuk keluarkan getah
4- toskan

5- sediakan pula santan dan bahan tumbuk (bawang sederhana besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, segenggam ikan  bilis)
6- tumbuk semua bahan kecuali santan..


7- kaup bahan tumbuk dan masukkan dalam periuk
8- tambah 100 ml santan kotak ( lbh kurang 1/2 kotak)


9- tambah 250 ml air (lbh kurang 1 1/2cawan)
10- masukkan 1 1/2 sudu garam

11- tambahkan pula sedikit serbuk perisa
12- serbuk kunyit Seroja bubuh 2 sudu kecil

13- kacau-kacau dan mula panaskan kuah
14- bila dah nampak nak menggelegak, terus je masukkan jantung pisang yang dah ditoskan tadi.

15- kecilkan api dan renehkan seketika sekitar 10 minit
16- tambah sedikit serbuk lada hitam (anggaran dalam 1/2 - 1 sudu kecil)

siap untuk hidangan keluarga

Simple je masak dia kann...boleh wat sendiri lepas tengok step yang Seroja dah pun perincikan..Selain jantung pisang, korang boleh variasikan atau gantikan dengan pucuk ubi, pucuk manis, pucuk peria laut, pucuk paku dan lain-lain lagi sayuran kegemaran korang..tepuk dada tanya selera..erm...harap ada manfaat...Wasalam...

Ahad, 26 Mei 2013

BAKSO simple - menu dari jawa




huhu...apa khabar semua..hope enjoy...Seroja busy pindah rumah baru2 ni. So dapur x sempat berasap 2 3 hari lepas...apepun bila dah siap memunggah barang2, aktiviti di dapur diteruskan macam biasa..hehe..dah terbiasa ke dapur, lau x singgah jenguk2 periuk belanga walaupun x berkilat macam dalam Master Chef tu..rasa macam janggal pula..

So, disebabkan Seroja pun busy nak mengemas ape2 yang patot..Seroja masak menu yang ringkas jugak la..tapi cukup untuk dimakan seisi keluarga..(Anggaran makan untuk 6- 8 orang dewasa)..meh tinjau2...


1- sediakan bebola daging...paket macam dalam gambar ni memang sedap dan asli rasa dagingnya...kita cuma perlukan separuh je (500gm)
2- belah 2 bebola daging tu...(lau tak nak belah pun takpe..bior je bulat2 gitu)
3- ketepikan dalam mangkuk..

4- tumbuk (halia 2 inci, bawang merah 5 biji, bawang putih 5 ulas)
5- panaskan sedikit minyak dalam kuali
6- tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi

7- bila tumisan kelihatan agak garing, tambahkan lada sulah/ serbuk lada putih (anggaran dalam 1 1/2 sudu kecil)
8- tambahkan 2 sudu kecil garam
9- then, bolehlah letak sedikit serbuk perisa

10- masukkan 2 liter air
11- seterusnya tambah pula bebola daging yang dah dipotong tadi

12- biarkan bebola daging mereneh dalam kuah
13- see, dalam masa 10 minit kuah dah mula menggelegak


14- sediakan pula bawang goreng segera
15- masukkan bawang goreng 2 sudu besar dalam kuah yang dah menggelegak tuu... 


siap..bolehlah salin dalam bekas untuk dihidangkan...



boleh divariasikan...makan bersama bihun, kue teow, mee kuning ataupun soh hoon
Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...