Isnin, 13 Mei 2013

APAM GULA HANGUS KUKUS cara Seroja...




Sebelum ni Seroja dah pernah 'post'kan resepi Apam/Kek Gula Hangus atau  dalam entry yang lepas...so korang bolehlah rujuk cara2 nak buat adunan gula hangus kat link yang tertera tu..diringkas cerita...kita teruskan kepada cara membuat Apam Gula Hangus mudah cara Seroja...

sediakan 3 biji telur. pecahkan dan masukkan dalam blender. kisar je telur telur tu.
bubuh perisa vanila lebih kurang 1 sudu kecil.
  
ini susu pekat manis. Seroja letak 1/2 tin dalam adunan telur

tambah 1 sudu  kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil serbuk penaik...sorry ye..boleh ter 'miss' pulak nak amik gambar serbuk penaik..hehe..tapi korang mesti tau punye kan..tin kecil berwarna merah kuning... 

sediakan tepung gandum..huhu..Seroja pakai yang murah je..
Tepung ni nak 2 cawan ye...masukkan je tepung gandum tu dalam blender yang dah berisi telur tuu...

tuangkan pula adunan gula hangus yang dah disejukkan tadi..
then  blend semua bahan sampai sebati..

dah siap blen letak dalam bekas..

sediakan sarang kuih lompang yang dah siap disapu minyak.
tuangkan adunan apam  setakat 3/4 daripada bekas lompang. jangan isi terlalu penuh sebab apam ni akan naik..takut adunan melimpah pula...hehe...kukus dengan api yang sederhana besar sekitar 10-15 minit atau sehingga apam masak..

NoTA : (biasanya...lau nak tahu masakan kita dah masak atau belum bila menggunakan pengukus ni..tengok kat atas penutup..lau dah nampak ada wap berkabus dah keluar daripada penutup..dah masak la tuu kuih @ masakan kita - petua orang2 lama)

dah siap...tengok apam yang dah masak ni ada yang senget2  bila dah naik..PUNCANYA : mungkin api yang seroja guna agak besar so, dia naik mendadak...


walaupun senget tapi tetap warna hitamnya tetap menwan hati...ermmmmm

ahhhaaaa...see...mabeles...
jangan lupa mencuba ye..x susah pun..x perlu guna mixer pun tetap menjadi kuih  apam gula hangus ni..Seroja dah wat eksperimen so..korang tinggal praktikkan sahaja..Salam ukhwah untuk semua..Jumpa lagi di lain entry....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...