Jumaat, 3 Mei 2013

IKAN CENCARU SUMBAT GORENG sodap dimakan begitu sahaja...




ikan Cencaru sumbat ni memang sedap dimakan dengan nasi panas..huhu..memang tak berganjak la dari tempat makan selagi ikan tak tinggal tulang je...sesuai dimakan tak kira masa..yang penting ada selera..hehe..tapi kalu takde selera pun bau gorengan pun dah membuatkan perut yang kosong mula berkeroncong..camne tu??

meh kita tengok macam mana nak buat. kalau taknak goreng hari ni pun, esok ke..lusa boleh jugak kan...

1- sediakan ikan cencaru sederhana besar 4 ekor
2- rendamkan dalam air basuhan beras sekejap @ boleh jugak basuh ikan dengan limau/ asam jawa. bersihkan dan toskan.


3- belah belakang ikan. ikutlah sekreatif mana korang nak menebuk belahan ikan tu..hehe..



4- sediakan bahan sumbat : Cili giling/boh 2 sudu besar, bawang besar 1 biji ,bawang putih 3 biji & halia 1cm -kisar halus, serbuk kunyit 1 sudu kecil, garam 1 sudu kecil & sedikit serbuk perasa.
5- sebatikan semua bahan. jadikan pes.



6- mula menyumbat ikan dengan pes yang kita dah sebatikan tu..



7- perap sekejap dalam 10-15 minit..tunggu biar rempah betul meresap dalam isi ikan
(boleh jugak lau nak wat stok untuk goreng esok..lagi terasa rempah pada ikan)
8- goreng ikan macam biasa.

Seroja cuma goreng 2 ekor je..sebab tinggal bertiga je kat umah masa ni..hehe...lagi 2 ekor tu simpanla untuk esok..sekian ilmu untuk hari ini...Wasalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...