Jumaat, 17 Mei 2013

APAM SUKAHATI DOT2...




1- kita perlukan 3 biji telur
2- 1 cawan susu ( 150ml)
3- tepung gandum 2 cawan (275 gram)
4- gula halus 1 cawan


ini adalah deretan bahan-bahan tambahan dalam membuat apam
dari kiri Ovelette, perisa vanilla, pewarna, merah, pewarna oren, serbuk penaik


5- campurkan semua bahan (1-4), Ovelette 1 sudu kecil & serbuk penaik 2 sudu kecil
6- putar dengan kelajuan maksima selama 15-20 minit
7- siap untuk diagihkan kepada beberapa bahagian..



seroja bagikan kepada 4 bahagian..1 bahagian yang duk berbunjut dalam plastik tu  warna asal dan yang  lain2 tu ikut suka korang la nak letak warna apa pun..

sediakan bekas lompang..letak mangkuk kertas saiz kecil dalam acuan tuu...Seroja import khas tukang perisi mangkuk kertas ni..hehe



tuangkan dalam bekas lompang yang dah diisi dengan mangkuk kertas.. pastu dot2 kan ikut suka..lau nak letak filling (strawberry,blueberry,pandan, kaya atau ape2 aje pun boleh) - Seroja memang x letak sebab apam ni dah rasa manis2.. 

letak dalam pengukus dan kukus 10-15 minit atau sehingga apam masak...


siap untuk dihidang 



resepi ni simple je...boleh dicuba bila-bila masa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...