Khamis, 16 Mei 2013

Bihun Sup Ringkas tetap memikat...



Minggu ni penat sikit..Anak2 x berapa sihat. Demam melanda. Selera makan pun tiada. bagi makan nasi pun asik menggeleng kepala..Risau pula bila lihat kempis sahaja perut si Anak...bila ditanya2, diorang nak makan mee sup yang kurus tu @ bihun sup..jadi untuk tidak menghampakan..Seroja mula ke dapur dan menyediakan apa yang sepatutnya...sempat jugak curi2 snap gambar untuk tatapan pembaca semua...check it out!


panaskan air..masukkan bihun dan biar seketika sampai bihun lembut. toskan...

1- sediakan bawang besar 1 biji (hiris), bawang putih (diketuk) & cilipadi 7 biji(biar je sebiji-sebiji)
2- tumis semua bahan di atas


3- sediakan 1 mangkuk isi ayam yang telah dipotong kecil2
4- masukkan ke dalam bahan tumisan

5- ambil 2 sudu perencah sup dan letak dalam mangkuk. tambah air dan jadikan pes..

6- terus letak dalam periuk yang dah berisi ayam tadi.
7- masukkan air. agak2 sampai ayam tenggelam...

8- masukkan serbuk perasa 1/2 sudu kecil je
9- masukkan garam 2 sudu kecil
10- tambah pula serbuk lada hitam 1 sudu kecil


11- ketuk halia tua dalam 1/2 inci..masukkan dalam sup.
12- renehkan dengan api kecil sampai buih hilang dan timbul minyak kat permukaan sup..
dah siap untuk dihidangkan...



Kalau korang perasan bihun sup ayam Seroja buat ni x letak sayur..huhu..ini kerana anak Seroja x suka pulak sayur..menu ni masak khas untuk diorang...so, kalau korang suka sayur just tambah je sayur favorite korang tu kat step 11 ye..Seroja sekadar berkongsi..harap ada manfaatnya..Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...