Rabu, 15 Mei 2013

NASI GORENG CINA simple & special



Anak Seroja request Nasi Goreng Cina untuk dihidangkan kepada kawan2 sempena Majlis Hari lahirnya..so untuk tidak menghampakan, Seroja wat sikit untuk tambah2 sebagai hidangan pilihan..Menu ni memang glamer di kedai-kedai makan  yang menghidangkan masakan panas...jom kita intai-intai resepinya...


1- sediakan bahan kisar. (bawang besar 3-4 biji, bawang putih 2 labu). kisar lumat dengan sedikit air.

2- campuran bawang yang sudah dikisar
3- sediakan sayur campur 1 mangkuk
4- sediakan 6 cawan nasi 

5- panaskan minyak dalam kuali
6- bubuh 1 sudu kecil garam dalam minyak panas
(untuk mengelakkan ayam yang digoreng x lekat kat kuali)
7- goreng  potongan ayam

8- goreng sampai ayam masak..isi ayam ni Seroja x letak ape2 pun ye...goreng kosong gitu je..angkat bila ayam dah masak..

9- tumiskan bahan kisar..ambil dalam 2 sudip je..yang lain2 baki tu boleh simpan dalam peti sejuk untuk masak menu lain pula ye...


10- masukkan sos tiram 4 sudu besar

11- gaul/kosek2 sampai sebati
12- masukkan sayur campur.. biar seketika dalam 2 minit...
13- tambah pula isi ayam yang telah digoreng

14- masukkan 2 sudu kecil garam..gaul rata..
15- sediakan telur 4 biji ..cuci dulu ye kulit telur..maklumlah..kadang2 kulit telur ni ada yang bernajis kan...so kita jagalah kebersihan sikit...
16- pecahkan telur dan masukkan dalam rencah nasi goreng kita..biar seketika barulah usik2 sebatian tuu yee...

17- kaup balik bahan dalam kuali tuu untuk ratakan telur..
18- masukkan nasi

19-  mula gaul nasi biar sebati sampai rata. siap untuk hidangan.. 

taburkan dengan daun bawang sebagai hiasan..xnak letak pun xpe..sebab nasi goreng cina ni dah colourful...

SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...