Isnin, 15 April 2013

Kerabu Mangga Versi Seroja - pembangkit selera yang hilang


Bosan dengan menu yang sama setiap hari? huhu..takmolah gitu..dapur kita, resepi kita, pandai-pandailah kita olah supaya sajian yang kita hidangkan memukau selera walaupun ringkas. 

Di sini Seroja nak share satu lagi resepi buat semua pembaca. Kerabu Mangga Versi Seroja. khas dicipta untuk selera tekak Seroja dan pembaca semua..Seroja yakin, semua pembaca yang dah pun tengok gambar kerabu mangga ni dah mula kecur kan...hehe..Silakanlah layan sebentar menu dan persediaan serba ringkas yang seroja tontonkan di sini ye...



1 - ini adalah 'Elephant Mango Trus'. rasa mangga ni lemak manis walaupun muda
2 - kopek kulit mangga ni ye..


3 - cincang mangga ikut kretiviti sendiri
4 - ahhaaa...dah siap cincang 


5 - ambil 5 tangkai cili padi. hiris-hiris.
6 - campurkan dalam mangga yang kita dah hiris


7 - rebus 1 ekor ikan pelaling @ kembong batu dengan sedikit air. bagi isi ikan tu masak. tutup api dan angkat ikan.
8 - ambil isi ikan. ketepikan tulang.


9 - sediakan  1 biji bawang merah
10 - tumbuk bawang merah dan isi ikan
11 - lumatkan semua bahan tumbuk


12 - sudukan bahan tumbuk ke atas hirisan mangga
13 - sedikan serbuk lada hitam
14 - tuangkan sedikit serbuk lada hitam atas hirisan mangga



15 - tambahkan 1/2 sudu kecil garam dan sebatikan semua campuran.
16 - sediakan jus limau kasturi ( 2 biji)
- tujuannya untuk memberi rasa masam sedikit pada kerabu ni sebab mangga ni kan lemak manis
17 - tambahkan jus limau pada sebatian mangga tadi. siap untuk hidangan.




Selamat Mencuba. Pasti ada kelainan dari segi rasa dan selera..Anda pasti teruja...hehe..jangan leceh....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...