petang ni tengah santai-santai melihat post kawan-kawan di Facebook, tiba ada satu arikel ni macam menarik perhatian seroja untuk terus membaca.."Petua Tradisional Untuk Menghilangkan/Sembuhkan Jerawat". di sini seroja nak sharelah apa yang seroja baca tu..mungkin berguna untuk kawan-kawan juga diri seroja sendiri..check it ot!
- Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk.
- Ambil lapisan atau kulit dalam batang pokok bunga tanjung. Giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian.
- Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat 3 kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan biarkan hingga kering sendiri.
- Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda di bahagian pucuknya. Cuci bersih dan ramas-ramas daun tersebut dengan air. Setelah selesai, cucilah muka anda dengan air perahan jambu biji itu. Lakukan secara teratur.
- Kuning Telur - Ambil separuh kuning telur ayam dan campurkan dengan madu lebah kira-kira satu camca teh dan bancuh hingga telur kelihatan seperti masak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas muka dengan air suam.
- Belimbing Buluh - Kisar belimbing buluh dan sapu ke seluruh wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
- Limau Nipis - Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua. Gosokkan pada wajah setiap malam sebelum tidur. Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah tetapi limau nipis sangat berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada wajah.
- Tahi Cacing - Ambil kira-kira 1 camca besar tahi cacing dan campurkan dengan limau nipis. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.
- Ubat Gigi - Ubat gigi di sapu di muka sebelum masuk tidur. Jika jerawat anda membengkak, sebaik-baiknya picit dan keluarkan nanah yang terdapat pada jerawat tersebut dan sapukan dengan ubat gigi. Parut jerawat tidak akan kelihatan di muka.
- Air Teh - Air teh dibiarkan sejuk semalaman dan digunakan untuk membasuh muka. Amalkan setiap hari, jerawat akan berkurangan.
- Kacang Hijau - Ambil 1 sudu makan kacang hijau dan rebus. Masukkan satu camca gula, dua keping kulit kayu manis dan satu kuntum bunga cengkih. Amalkan sebagai minuman setiap hari selama seminggu atau sehingga jerawat hilang.
- Madu Lebah -. Sapukan madu lebah asli pada bahagian yang ditumbuhi jerawat dan biarkan selama selama 1 jam sebelum di bilas. Amalkan setiap hari.
- Daun Belimbing Buluh - Ambil daun belimbing buluh kira-kira segenggam dan tumbuk hingga lumat, tambahkan sedikit air dan tapis. Air daun belimbing buluh itu hendaklah dibancuh dengan bedak sejuk dan disapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.
so, mana satu pilihan anda. tepuk dada tanya hati..yang mana mudah nak follow kita wat ye..jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan