Selasa, 2 April 2013

SUP AYAM KENTANG VERSI SIMPLE



Sape pernah makan sup ayam...hehe..semestinya mereka2 yang gemar atau memang suka makan ayam... x gitu? 

erm ari ni kita x payah celoteh panjang2..sebab seroja ada masa 20 minit je untuk upload gambar dan seterusnya mengedit dan memaparkan entry untuk tatapan pembaca semua..sebelum tu seroja berterima kasih kepada Azuana kerana menjadi orang pertama yang bertapak sebagai followers..

wokeh ni seroja kongsikan cara masak sup ayam paling mudah...

yang kita perlukan..
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • kentang 2 biji
  • rempah 4 beradik (bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
  • rempah sup 1 sudu (dibancuh dengan air untuk dijadikan pes- rujuk gambar)
  • isi ayam 6 ketul
  • sedikit minyak untuk menumis
  • cili padi 5 biji
  • garam 1 sudu kecil (secukup rasa)
  • serbuk perasa (jika suka)
  • air 2 cawan





cara masak..
  1. mula2 bersihkan potongan ayam
  2. bawang besar & bawang putih ditumbuk atau dimayang halus. cili padi di potong 3 setiap satu.
  3. panaskan minyak dlm periuk @ kuali. tumis semua bahan tumbuk, rempah 4 beradik,cili padi hingga naik bau dan aroma.
  4. masukkan pes rempah sup. kemudian masukkan ayam, kentang dan air.
  5. biarkan mendidih. dan bolehlah masukkan garam dan serbuk perasa @ ajinomoto (tak nak letak pun xpe)
  6. pastikan kentang empuk dan bolehlah tutup api. 
  7. sedia untuk hidangan panas bersama mee kuning, bihun, kue teow ataupun nasi putih.

 

mudahkan? senang je..wat lebih kurang pun dah jadi sup ayam.jom jadi chef kat rumah sendiri. jangan lupa cuba tau...wasalam...
Hasil seni dari Dapur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...