Isnin, 8 April 2013

ROJAK PETIS PEDAS, SIMPLE TANPA BELACAN - special utk mereka yang alah dengan belacan...




ROJAK...peh..dengar nama pun dah hampir meleleh air liur. lagi la pulak dah nampak gambar..rasa sangat-sangat teruja pula nak mencuba..kan..kan..kan.. menu ni sangat-sangat simple dan bahan-bahan pun senang nak cari..cukup rasa dari masam, manis, masin, pedas dan lemak berkrim kacang yang memang kaya dengan vitamin c dan protein..

menu ni boleh dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau menu untuk orang-orang yang nak berdiet. tapi bagi seroja, bab makan, menu ni memang sedap untuk santapan tekak..hehe..tambahan pula petis ni seroja tidak menggunakan 'BELACAN' sebab seroja cipta resepi ni khas untuk orang yang gemar nak makan petis tapi ada RESDUNG pula mengganggu dan membantutkan selera. jom telek2 hasil resepi seroja ni..check it out!

BAHAN YANG DIPERLUKAN


  • lada kering 4 tangkai (goreng dan tumbuk hancur)
  • buah nanas, timun dan sengkuang (boleh diubahsuai)
  • kacang tanah secawan (goreng dan kisar kasar)
  • gula melaka 50gm (diracik) - seroja main agak je..tp lau nk letak lebih ckt pun xpe.
  • air asam jawa pekat 1/2 cawan
  • kicap pekat 1/2 cawan
  • garam 1 sudu kecil
  • gula pasir 1 sudu

CARA NAK BUAT 

1. ambil 4 tangkai lada kering - digoreng dalam sedikit minyak.
2. tutup api dan angkat bila lada dah garing. 
3. tumbuk lada. cpt je hancur sebab lada dah 'rangup'' racik sekali gula melaka.


4. sediakan sedikit air asam jawa
5. masukkan dalam mangkuk dan satukan gula melaka, gula pasir, garam, kicap pekat dan air asam jawa.
6. sebatikan dan gaul rata semua bahan.
7. masukkan kacang tanah yang telah dikisar.


8 & 9. kuah rojak akan jadi pekat seperti gambar di atas.
10. sediakan potongan sengkuang, timun dan nanas. ( lain2 buah pun boleh diubahsuai ikut cita rasa)



11. potongan buah seroja bubuh dalam pinggan kecil.
12. curah 1 senduk kuah petis atas buah2 potong.
13. gaul rata dan boleh dimakan terus.
( kalau dibiarkan 5-10 minit air dari buah2an akan tersejat keluar dan kuah akan jadi banyak  dan berperisa untuk dihirup)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...