erkkk..alhamdulillah...baru je sekejap tadi Seroja makan hidangan Singgang Asam Pedas ni. Kenyang sudah perut. dan tak lupa, untuk entry kali ni Seroja kongsikan resepinya. senang je nak masak. langsung x guna minyak jugak ye macam entry sebelum ni Asam Rebus..
menu sihat ni..rugi tak cuba. hehe...so kita tak payah cite panjang. terus je ke intai-intai cara nak masak juadah ni...jom...3x
1- sediakan seekor ikan kerisi sederhana besar 2- buang isi perut, potong kepada 3 bahagian dan bersihkan. |
3- masukkan bahan kisar 1 sudu sup (bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas & lada kering 3 tangkai) 4- tambahkan 1 sudu kecil garam 5- letak pula 1 keping asam gelugor |
6- tambahkan serbuk kunyit 1 sudu kecil 7- masukkan air secawan 8- mula mereneh kuah atas api yang besar |
9- bila dah menggelegak, masukkan daun kesom 10- siap sedia masukkan ikan. renehkan dalam 5 minit. dah siap untuk hidangan |
orang kita, cara kita, simple is better for us.. hehe..speaking la pulak ye...harap pembaca sekelian cubalah ye. jumpa lagi di lain entry. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan