Jumaat, 19 April 2013

KUCING OH KUCING...

nak dijadikan cerita, seroja balik kerja semalam dah lewat. kena wat overtime sebab ada urgent job nak kena setel. so bila balik dah malam, suasana pun dah gelap kan. lepas parking kete kat anjung rumah, seroja mulalah membuka mangga grill dalam gelap. 

bila dah buka pintu dengan pantasnya seroja memetik suis yang berada berhampiran untuk menerangi suasana. tup-tup...sungguh terperanjat sebab ada seekor kucing dalam rumah.waaaa..nak bertempik tapi kang orang kata hilang akal pula..actually, seroja memang geli dengan kucing ni. hehe..

macam-macam cara nak suruh kucing tu kuor dari rumah. tapi kucing tetap duk diam.. so, seroja pun kuor balik. amek angin kar luar. yes..yes..yes..kucing tu ikut keluar. bila tengok kucing tu dah macam khayal, cepat-cepat seroja masuk umah dan kunci pintu. tapi..sempat jugak snap gambar kucing tu. tapi gambar x berapa nak jelas sebab tangan gigil.

apepun kucing tu memang comel. warna coklat dan yang pasti memang milik orang sebab dekat leher dia ada rantai.moga pemilik haiwan ni menjumpai peliharaan beliau.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...