salam sejahtera semua. dalam hidup kita sehari-hari, kadang-kadang tak dinafikan ada masanya kita sangat-sangat kesuntukan masa. sampai nak memasak pun macam tak sempat. tapi bila balik dari kerja, sempat jugak singgah di kedai makan. ramai orang pulak. nak order makan pun kena tunggu 1 jam. aduhhh..
so balik rumah. kita tanak nasi dan terus mulakan operasi memasak juadah ringkas.... SAMBAL TELUR. boleh disediakan dalam 10 minit sahaja. hehe...jimat masa dan tenaga.. jom tinjau-tinjau...
BAHAN2
- telur ayam Gred A 2 biji
- lada kering 5 tangkai
- bawang merah@kecil 3 biji
- bawang putih 3 ulas
- garam 1/2 camca teh
- sedikit serbuk perasa jika suka
- sos cili 2 sudu besar
1. panaskan minyak. goreng telur wat mata kerbau. 2. telur yang dah siap digoreng. 2 biji. |
3. panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan2 kisar. 4. tumis sehingga agak garing dan naik bau & aroma. 5. masukkan sos cili 2 (lebih kurang 2 sudu) |
6. sambal yang ditumis akan nampak kering sedikit. tambah air (dalam 5 sudu) 7. masukkan telur yang dah digoreng dalam sambal. gaul rata dan tutup api. |
8. dah siap untuk hidangan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan