Rabu, 24 April 2013

PETUA-PETUA yang mungkin berguna untuk dapur kita

dalam duk mencari maklumat dan idea..seroja berkenan pula nak share petua-petua dapur yang mungkin berguna untuk kita semua..jom tinjau-tinjau..kot2 boleh diguna pakai..



Hilangkan lemak ayam
  • Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya.


Hindari Kutu Beras / Bubuk
  • Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi



Mengelakkan Tauhu melekat dikuali
  • Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.



Melembutkan cekodok / jemput-jemput
  • Kalau anda inginkan cekodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.
  • blend  1 cawan nasi sejuk/ nasi semalam yang ada dalam periuk. campurkan dengan bancuhan cekodok dan goreng macam biasa. Cekodok lembut dan rasa kelainannya..

Hilangkan lendir @ hanyir ikan air tawar
  • Perahkan air limau nipis ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Rendam 20-30 minit dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.
  • Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambil beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air dan gaulkan dgn ikan. Kemudian cuci ikan dengan air bersih.
  • Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.
  • Ikan yang telah disiang dan dicuci direndamkan  dengan air asam jawa 20 minit


Agar Sup Lebih Pekat
  • Sup ayam mahupun daging ada kalanya menjadi terlalu cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang telah dilecek ke dalam sup. Biarkan seketika sehingga sup menjadi pekat.



Sup Pasti Lebih Sedap
  • Masukkan tomato yang sudah dikisar halus dalam sup yang sudah menggelegak. Tunggu mendidih sedikit dan bolehlah tutup api.

Kacang Cepat Empuk
  • Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

Memastikan Ikan Yang disimpan tetap segar
  • Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.



Mengurangkan Lalat Hinggap pada makanan
  • Sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih didalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
  • masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih dalam bekas kecil dan letakkan atas meja makan.




diharap  para pembaca sekelian dapat juga ilmu dan petua yang seroja paparkan untuk perkongsia di sini. see you all soon at next entry...smile always...
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...