Jumaat, 12 April 2013

SERUNDING DAGING PEDAS - peneman nasi putih, ketupat, lemang mahupun lontong



erm...menu kali mudah cuma ambil masa yang lama sedikit nak menyediakannya. seroja nasihatkan kawan-kawan ada masa terluang atau hari cuti barulah boleh buat. atau mungkin juga boleh kita wat time dapat berkat atau buah tangan lauk pauk kenduri kawen yang x habis time pegi rewang.

huhu..jomlah kita tinjau-tinjau resepi dari dapur seroja...


BAHAN-BAHAN
  1. 1 kg daging - potong besar-besar,basuh, rebus dengan 1 sudu kecil garam, siat-siat
  2. bawang besar 2 biji - dikisar
  3. bawang putih 5 ulas - dikisar
  4. lada kering - dikisar / giling
  5. gula - 2 sudu besar
  6. garam 1 sudu kecil
  7. serbuk perasa 1 sudu kecil
  8. asam gelugor 2 keping
  9. air - 1 cawan
  10. ketumbar 2 sudu besar
  11. jintan manis 2 sudu besar

CARA-CARA NAK BUAT..

1. sediakan daging.
- daging lembu dipotong besar-besar.cuci dan terus rebus dengan air dan garam sampai agak empuk.
-sejukkan. kemudia siat-siat dan hasilnya macam gambar di atas.



2. ambil 1 sudu besar ketumbar & jintan manis
3. ketumbar & jintan manis digoreng tanpa minyak (sangai)

4. bubuh dalam blender kering
5. mesin sampai lumat/hancur

6. panaskan sidkit minyak dalam kuali. mula menumis bawang yang telah pun dikisar.
7. agak dah hampir garing dan naik bau bolehlah masukkan lada giling/kisar

8. masukkan gula 3 sudu besar
9. masukkan garam & serbuk perasa 1 sudu kecil. sebatikan.


10. seterusnya, tambah ketumbar & jintan yang telah dikisar halus tadi.
11. tambah air 1 cawan
12. letak asam gelugor 2 keping
13. masukkan pula daging yang dah kita siat-siat tadi


14. gaul rata dalam kuali macam dalam gambar ni



15. teruskan kaup balik daging dalam kuali. terasa kuali macam bergoyang pula sewaktu nak kaup balik. pegang la telingan kuali tu ye. alas towel atau tisu tebal. lau terer pegang je tanpa alas..hehe..
16. rendang daging pedas ni kering jadi seroja ambil masa juga untuk keringkan daging atas kuali ni. pastikan kawan-kawan guna api yang kecil. dengan sabar, lakukan proses nak bagi rendang ni supaya kering dari air, 




inilah yang terhasil dari kesabaran. dah kering pun. bolehlah disediakan untuk dimakan dengan nasi panas, ketupat ataupun lemang. oppsss...seroja siap letak dalam bekas kedap udara dan simpan peti sejuk wat stok untuk buat murtabak daging..hehe..next resepi la seroja kongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...