Jumaat, 5 April 2013

PUCUK MANIS GORENG FISHBALL



hari minggu ni seroja tak ke mana-mana. duduk rumah je. jadi masih ada masa nak merayau2 sekitar kawasan rumah. dan seroja terpandang serumpun pokok pucuk manis yang seroja tanam sendiri dibelakang rumah. dah lama betul tak cuit-cuit pohon ni. seme dah tinggi-tinggi. jadi bermulalah operasi mencantas.

bila dah cantas-cantas tu, paham-paham le. dapat jugaklah hasil. dah berbagi-bagi kat jiran-jiran dan tinggal lagi seikat. so seroja pun ciptalah menu ni untuk hidangan tambahan untuk dimakan di tengahari bersama keluarga. meh cuba resepi ni...ringkas, mudah tapi tetap licin...hehe..

BAHAN2

  • 1 seikat pucuk manis
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • fishball 5 biji - potong 4 setiap satu


inilah rupa pucuk manis kalau ada yang tak kenal

CARA NAK MASAK

1. tumiskan bahan kisar /tumbuk sampai naik bau. masukkan garam dan serbuk perasa.
2.  masukkan fishball yang telah dipotong.



3. kalau nampak agak kering masukkan air sedikit.
4. masukkan pucuk manis dan gaul mesra sampai nampak daun agak layu, tutup api.




simple saje kan. dan semestinya tak mengambil masa yang lama pun untuk menyediakan hidangan ni. selamat mencuba..peace ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...