Isnin, 8 April 2013

KEK GULA HANGUS BUTTER walau hitam rasanya manis



erm..seindah namanya, walaupun hitam tapi tetap manis. hehe..seroja ubaisuai sedikit resepi ni untuk kelainan. apa bezanya? keh3...kurang berminyak dan yang pasti kurang la sikit lemak..


1. gula pasir dimasak dalam kuali
2. gula akan mula mencair dan biar cair betul2 ye.
3. masukkan air 1 cawan. dan cairkan semula hingga sebati.


4. masukkan buttercup (1 buku buttercup 250g tu seroja guna 1/3 je)
5. biarkan buttercup mencair, tutup api dan sejukkan.

6. pukul telur gred A 3 biji. tambah sedikit esen vanilla.
7. masukkan susu pekat 1/2 tin.
8. tambahkan air gula hangus. dan masukkan  tepung berserbuk penaik sedikit demi sedikit sampai habis.(tepung tu 1 cawan jugak ye)  tambah 1 sudu kecil soda bikarbonat..hehe..saje promote kek lain ye..



wokeh ni gambar kotak tepung tu...


.
9. bakar dalam oven dengan suhu 160oC selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
10. maka terhasillah kek gula hangus yang tetap berspan walaupun agak kering.

selamat mencuba ye...

 episod di sebalik tabir...jeng..jeng..jeng...memperkenalkan 2 chef cilik yang membantu seroja memasak air gula hangus...hihihi..kecil2 cilipadi..boleh diharap..Thanks a lot both of you..muahhh..Ibu sayang sangat-sangat kat kalian berdua duhai permata hati..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...