Rabu, 17 April 2013

PETUA-PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN....


  • Perahkan air limau nipis ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Rendam 20-30 minit dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.



  • Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambil beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air dan gaulkan dgn ikan. Kemudian cuci ikan dengan air bersih.

  • Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. 


  • Ikan yang telah disiang dan dicuci direndamkan dengan air asam jawa 20 minit 


  • Sebelum menggoreng ikan, taburkan sedikit serbuk kunyit ke dalam minyak yang telah dipanaskan. kemudian gaul ikan dengan garam sahaja. Goreng ikan macam biasa. Ikan tak akan rasa hanyir walapun sudah sejuk.

  • Lumur ikan yang telah disiang dengan campuran serbuk kunyit, garam dan bawang putih. sapukan pada ikan dan perap sekejap barulah goreng.


TAMBAHAN INFO DARI SUMBER LAIN
SUMBER DARI : http://petuasejagat.blogspot.com/2009/04/petua-menghilangkan-bau-hanyir-ikan.html#ixzz2Qgea9Szn

1. Ambil sebiji limau nipis dan dipotong kepada beberapa bahagian.
2. Gaulkannya dan ramas dekat ikan yang nak dibersihkan tu.
3. Lepas tu, cuci ikan tersebut dengan sebiji limau nipis lagi dan perap lebih kurang dalam 2-3 minit.
4. Kemudian, bilaslah ikan tadi dengan air bersih.
5. Seterusnya, gaulkannya dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
6. Akhir sekali, anda akan dapati ikan tu dah tak hanyir lagi dan bolehlah menggorengnya dengan senang hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...