Jumaat, 19 April 2013

PUDING PANDAN JAGUNG VERSI CUBAAN SEROJA



kali ni seroja berkesempatan mencuba buat puding menggunakan tepung jagung. biasanya orang pakai tepung kastad. hehe..saje nak test, boleh jadi ke tak. so, ini adalah antara resepi cuba jaya dari seroja khas untuk tatapan pembaca semua.

takmo cite panjang, kita terjah je resepinya di bawah ni..


1-  sedikan tepung jagung 1 bungkus.ni dalam 400g
2- tuangkan tepung jagung dalam kuali

3- masukkan air 10 cawan
4- 
masukkan susu pekat manis 1 tin. (opsss...sorry, seroja  x ter'snap' pulak gambar masa bubuh susu pekat ni)  kacau sampai sebati. 
5- simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan dalam bancuhan tepung jagung.


6- tambah gula 3 sudu besar. kalau nak manis lagi boleh tambah lebih lagi.
7- masukkan 1 sudu kecil garam
8- pewarna hijau pula ditambah.


9- mula memasak atas api sampai pekat.
10- masukkan jagung manis dalam 1 tin
11- ratakan jagung

12- keluarkan daun pandan apabila adunan yang kita masak tadi dah pekat dan berkilat. itu tandanya puding pan dan jagung kita telah pun masak
13- bolehlah tuang dalam bekas.


senang je. korang cubalah ye. bolah tahan jugak la rasanya..jumpa lagi. wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...