Ahad, 28 April 2013

FELT CRAFT Anjuran Belia

Seroja terima satu undangan daripada Persatuan Belia Felda Tenggaroh. Ini dia undangan tu..hehe..menarik kan? cuma nak pergi masuk kelas kraf ni Seroja kureng sikit sebab jarang sangat nak pegang-pegang jarum...adusss...


Tapi nak dijadikan cerita...seroja terjoin  juga kelas kraftangan ni sekadar suka-suka ..untuk isi masa lapang sementara tunggu anak-anak balik sekolah..maklumlah..plan asal nak ajak anak-anak jenjalan...tup..tup..Sabtu lepas kena sekolah ganti pulak..so, daripada tidur je petang-petang hari ada baiknya seroja join kelas ni..sekadar mencedok ilmu..apepun enjoy jugaklah walaupun kelas felt craft ni cuma 2 jam sahaja.

untuk entry kali ni meh kita pakat2 tengok gambar ye..hehe


makcik-makcik pun ada

erm..adik ni siap makan lolipop lagi sambil nak wat kraf



yang termenung pun ado..hehe

haha...biasa pegang senduk dan sudip..petang ni kena pegang jarum pulak...

uiksss...tekunnya adik kita ni ye...

hai dik...monyok je..ni mesti mak paksa pegi kelas ye...hihi


masing-masing tekun dengan alatan 

uiks...cikgu dah cekak pinggang

ok..mula-mula kita gunting macam ni ye...

dah habis lolipop baru leh mula kerja ye dik...

tekap..jangan tak tekap ye

khusyuknye menggunting

lambat datang dik?...tulis nama dulu ye

Si Cilik pun ada untuk sama-sama memeriahkan majlis...


antara peserta yang terlibat
Terima Kasih buat Persatuan Belia Felda Tenggaroh 5 atas anjuran yang cukup bermanfaat ini...dan...hasil daripada majlis ilmu ni..Seroja dapat bawa balik 2 hasil kraf...jeng...jeng..jeng...







Jumaat, 26 April 2013

BILIS GORENG KICAP CILIPADI





seroja sekadar nak share menu sampingan yang boleh dimakan dengan nasi atau wat jadi pelengkap rasa kepada bubur nasi..hehe..meh kita tinjau...

1- sediakan 9 biji cilipadi  & 1 biji bawang besar
2- hiris bawang dan cilipadi

3- ambil segenggam ikan bilis yang dah siap kopek. cuci bersih dan toskan.
4- panaskan sedikit minyak dalam kuali
5- masukkan ikan bilis yang dah ditoskan
6- goreng sampai agak garing

7- dah garing, angkat dan ketepikan dulu.
8- tumiskan pula bawang dan cilipadi tadi sampai naik bau

9- masukkan sedikit air asam jawa
10- masukkan kicap manis. anggaran dalam 3 sudu besar.

11- sebatikan semua bahan
12- masukkan ikan bilis goreng tadi
13- gaul sebati dan tutup api. siap untuk disajikan.




Rabu, 24 April 2013

PETUA-PETUA yang mungkin berguna untuk dapur kita

dalam duk mencari maklumat dan idea..seroja berkenan pula nak share petua-petua dapur yang mungkin berguna untuk kita semua..jom tinjau-tinjau..kot2 boleh diguna pakai..



Hilangkan lemak ayam
  • Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya.


Hindari Kutu Beras / Bubuk
  • Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi



Mengelakkan Tauhu melekat dikuali
  • Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.



Melembutkan cekodok / jemput-jemput
  • Kalau anda inginkan cekodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.
  • blend  1 cawan nasi sejuk/ nasi semalam yang ada dalam periuk. campurkan dengan bancuhan cekodok dan goreng macam biasa. Cekodok lembut dan rasa kelainannya..

Hilangkan lendir @ hanyir ikan air tawar
  • Perahkan air limau nipis ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Rendam 20-30 minit dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.
  • Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambil beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air dan gaulkan dgn ikan. Kemudian cuci ikan dengan air bersih.
  • Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.
  • Ikan yang telah disiang dan dicuci direndamkan  dengan air asam jawa 20 minit


Agar Sup Lebih Pekat
  • Sup ayam mahupun daging ada kalanya menjadi terlalu cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang telah dilecek ke dalam sup. Biarkan seketika sehingga sup menjadi pekat.



Sup Pasti Lebih Sedap
  • Masukkan tomato yang sudah dikisar halus dalam sup yang sudah menggelegak. Tunggu mendidih sedikit dan bolehlah tutup api.

Kacang Cepat Empuk
  • Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

Memastikan Ikan Yang disimpan tetap segar
  • Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.



Mengurangkan Lalat Hinggap pada makanan
  • Sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih didalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
  • masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih dalam bekas kecil dan letakkan atas meja makan.




diharap  para pembaca sekelian dapat juga ilmu dan petua yang seroja paparkan untuk perkongsia di sini. see you all soon at next entry...smile always...
















Isnin, 22 April 2013

SEROJA ACCIDENT??? macam tak percaya...



jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. terlihat anak lelaki seroja yang berusia 5 tahun dah terkebil-kebil matanya. ngantok...akhirnya terlelap. seroja dah siap berkemas-kemas..maklumlah setiap pagi isnin memang seroja akan bergerak awal ke tempat ke tempat kerja di pasir gudang. actually, weekend (Sabtu & Ahad) je seroja akan berada bersama anak-anak di kampung kat Felda Tenggaroh.

nak dijadikan cerita..malam tu entah berapa kali Seroja terjaga disebabkan Aqil asik-asik mengigau terbangun nak pergi sekolah. jadi, disebabkan kerap terbangun, kepala Seroja rasa agak berat juga nak bangun pukul 4.50 pagi. tapi Seroja gagahkan jua..demi mencari sesuap rezeki..

Selesai mandi dalam pukul 5.10 pagi, entah macam mana Aqil terbangun lagi. dia tegur Seroja lagi.. "Ibu nak gi keje ek?". " ye, adik tido dulu ye. lambat lagi nak cerah" sebab biasa pukul 6.30 pagi baru ibu Seroja akan kejutkan Aqil bangun sebab dia belajar di Pra Sekolah. dan dia pejam lagi mata..bila dah dengar azan subuh berkumandang, terus Seroja menunaikan solat Subuh dan selepas selesai enjin kereta pun dipanaskan sebentar.

Masa tu jugak Aqil bangun lagi nak buka baju. nak pegi mandi. "Ibu hantar adik gi sekolah ek?", katanya lagi. "lain kali ye. Ibu nak cepat gi kerja dulu..Adik tido dulu ye. nanti moktok kejut", pujuk seroja . sebelum Aqil baring semula, sempat lagi dia peluk erat dan seroja balas balik pelukan tu kemas-kemas. Seroja x tahu kenapa pagi tu macam sayu je rasa. tapi perasaan berdebar-debar dah rasa 2 ,3 hari sebelum tu.

pagi ni seroja bawa kete pun macam x semangat je rasa. biasa jalan dari tenggaroh ke kota tinggi seroja boleh pandu 100-110km/j tapi hari ni..meter tu pergi antara 70-80 je..dah la serba salah sebab x dapat hantar anak ke sekolah pun ye juga tadi. nak dijadikan cerita, jalan kat area tiram ke pasir gudang kalau dah pukul 7.15pagi  ke atas memang jem. 

tiap2 pagi isnin, jem macam tu adalah rutin..tapi hari tu entah mcam mana seroja boleh mengelamun. betul2 kat bawah fly over taman gaya tiba-tiba...GEDEGANGGGG...kuat sungguh bunyi..dalam panik dan terkejut tu seroja sempat tengok kete di sebelah..Eh! macam xde ape2..bila pandang depan je..alamak! brother dari kete Saga tu dah turun dari kereta dan membebel sambil menuding jari...adusss..gawat...

Seroja undur sikit sebab bumper kete Seroja dah lekat dengan belakang kete brother tu.. Seroja cuba istifar dan turun daripada kereta. melihat reaksi brother yang berkopiah tu membebel sambil menunjuk-nunjuk kesan calar pada keretanya, Seroja cuma mampu senyum sebab mujur x kemek terus kete dia. So, Seroja mintak dia amek nombor phone Seroja kalau nak claim ape2..sebab memang xde pegang cash yang banyak kat tangan..tu pun kalau dia nak setel kat situ la..

cuma yang musykil ada kesan hitam yang dia tunjuk kat seroja tu macam kesan dah lama. seyes..xde kesan cat warna gold pun lekat kat kete hitam Seroja..dalam dia duk bebel tu terus je Seroja ajak setel kat Balai Polis. Senang sikit kan. atleast ada report hitam putih. tapi brother tu terus je nak blah cepat. sampai nombor phone seroja pun dia x ambil. 

sampai sekarang ni seroja duk pikir, kenapa brother tu macam gelabah semacam je. adakah dia bawa kete tanpa lesen? atau benar telahan Seroja yang kesan hitam bekas cat tanggal tu tanda dah lama...Allah je yang lebih tahu..cuma Seroja bersyukur sangat-sangat sebab selamat dan masih panjang umur.

kadang-kadang bila hati rasa tak sedap, fikiran runsing, dan gelagat yang kita tak duga tu sebenarnya nak beri kita petunjuk. Allah mungkin dah nak tunjuk tapi mungkin Seroja yang x berhati-hati..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang naif dan tak baik tu datang dari diri Seroja sendiri..Kita hanya merancang, sedangkan Allah yang menentukan segalanya..


sekadar gambar hiasan

ANTARA MORAL OF THE STORY :

  1. jangan mengelamun masa bawa kereta. bimbang kita hilang tumpuan
  2. kalau memang rasa tak sedap hati tu biasanya petanda x elok akan berlaku. jadi waspadalah selalu.
  3. jika berlaku accident, jangan terlalu panik. cuba istifar dan bertenang. insyaallah, Allah buka mata kita untuk lihat kebenaran.

Ahad, 21 April 2013

LIMAU KASTURI MAK DAH MULA SUBUR...

erm..bila tiba hari cuti je..kalau takde ape-ape plan macam boring je rasa kan...5 hari bekerja di pejabat dalam suasana ber 'air cond' membuatkan bada rasa lemau je..dah le jarang-jarang nak ber 'exercise'. so, Seroja ambil langkah bijak..hehe...meninjau-ninjau belakang umah mak...jadi mandur..

alang-alang dah merayap belakang rumah mak tu semestinya gunting, pisau, parang dan baldi atau apa-apa bekas la memang ikut serta sebab dah tau..bila naik ke rumah nanti memang tangan tak mungkin kosong...so pagi ni Seroja berhenti di satu destinasi..iaitu..Pokok Limau Kasturi...




besar-besar jugak ye

lebat dan subur

subur kan...

ada limau yang dah terlalu masak yang gugur ke bumi..sayang kan bila dibiarkan jatuh gitu je...tapi lau dah banyak sangat dan takde orang nak kutip buah ginila jadinya...

tengok...dah ada yang gugur ke bumi..
So, pagi tu Seroja mulakan operasi..mencantas dan menuai buah limau kasturi ni.. buat sirap limau ke, makan dengan asam boi/ asam masin ker..wat perah dalam sambal belacan ke atau wat basuh ikan ke..macam-macam gunanya jika dimanfaatkan..hehe...yang penting dapat la keluarkan peluh sedikit pagi tu...Alhamdulillah...
ahaaaa..dapat sebakul...

LEMPENG KELAPA - sodap dimakan lagi-lagi di waktu petang di kala hujan





plan belah kelapa ni sebenarnya nak buat JELLY KELAPA. tapi tengoklah. isinya dah tebal. huhu...langsung plan bertukar menu..apepun syok jugak. lame x buat lempeng kelapa ni. alang-alang dah ada kelapa kulit hidup @ kelapa yang masih berkulit hijau..so, kita me'lempeng' pula la hari ni. layan....


1- erm...masa kopek kelapa ni sebenarnya seroja nak wat JELLY KELAPA. tapi tengok isi dia dah tebal sangat. x sesuai dah nak men'jelly'.2- see...kulit masih hijau. maknanya memang kelapa ni belum matang @ tua.3- so...seroja mesin je isi kelapa tu. ngamla pulak petang tu hujan. dah ada menu bermain kat pikiran ni...terer x? parut kelapa pakai mesin guna sebelah tangan je..hehe..

4- kelapa yang dah siap diparut5- sebab terlalu muda, so masih ada saki baki yang x leh nak paru. kikis dengan sudu la. nak buang terus sayang kan..byk lagi isi kelapa tuh....

6- sediakan tepung gandum dalam setengah bag (lbh kurang 500gram). bubuh dalam mangkuk besar supaya senang nak bancuh.7- tambahkan garam 2 sudu kecil8- air pula dalam 2 cawan.

9- bancuh semua bahan sampai sebati10- tambahkan kelapa parut tadi11- gaul rata semua bahan

12- bancuh rata sampai sebati13- panaskan kuali leper atas dapur menggunakan api yang sederhana besar.14- sapukan minyak pada kuali menggunakan daun pandan yang dah di carik-carik.


15- sendukkan bancuhan atas kuali yang dah disapu minyak16- ratakan bancuhan dengan senduk17- goreng sekejap dalam 30 saat (biasa2 aje) - 1 minit (lau nak garing sikit macam seroja buat),18- terbalikkan. tunggu sekejap samapai masak. lakukan proses ni berulang-ulang sampai bancuhan lempeng anda habis..




siap juga akhirnya dan menjadi juadah di petang minggu..lebih syok makan bila ditemani sambal bilis atau kuah kari. tapi...seroja makan gitu je panas-panas bertemankan secawan kopi...rasa lempeng ni pun  dah lemak masin kan..jadi makan gitu je pun dah sedap...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...